KUALA LUMPUR: Berikut adalah teks perutusan khas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena pembubaran Parlimen ke-14 yang disiarkan melalui saluran stesen televisyen tempatan hari ini.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.
1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT pemilik segala kurnia, kerana dengan rahmat dan keizinan-Nya, saya dapat menyampaikan perutusan khas pada petang yang penuh barakah ini.
2. Terlebih dahulu, izinkan saya menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, bersama seluruh perkenan Raja-Raja Melayu, atas pelantikan saya sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9, dalam keadaan negara yang sangat mencabar tatkala itu.
3. Pada kesempatan ini, izinkan juga saya menzahirkan setingi-tinggi terima kasih kepada seluruh Keluarga Malaysia kerana menyokong dan mendokong saya selama ini, dalam melunaskan amanah serta tanggungjawab sebagai Ketua Kerajaan.
4. Mengambil ibrah firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 54; yang bermaksud; "Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang." Tanggal 21 Ogos 2021, saya ditakdirkan Ilahi menerajui pentadbiran negara.
5. Betapa besar amanah dan tanggungjawab yang dipikul, besar jugalah usaha dan ikhtiar yang digalas. Pada waktu itu negara diselubungi tri-lema; pandemik COVID-19 yang sedang mengganas, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia, ditambah pula dengan kelesuan ekonomi dan politik yang bergelora.
6. Meskipun acapkali diasak pelbagai cabaran, tohmahan serta fitnah, namun Alhamdulillah dengan kehendak yang Maha Berkuasa, Kerajaan andal menghadapi mehnah dan tribulasi, dalam perjuangan membawa negara ke landasan pemulihan kesihatan, politik dan ekonomi - demi memulihkan kesejahteraan hidup Keluarga Malaysia dan kemakmuran negara.
Keluarga Malaysia yang saya kasihi,
7. Kerajaan ini bertanggungjawab dan sentiasa membuat perancangan yang teliti dalam semua perihal. Ketika negara berhadapan krisis kesihatan misalnya, Kerajaan meletakkan kepentingan Keluarga Malaysia di atas segalagalanya.
8. Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan seluruh Keluarga Malaysia, yang sentiasa memberikan sokongan ampuh dalam membantu Kerajaan membendung penularan COVID-19.
9. Di atas kejayaan tersebut, Malaysia telah melangkah memasuki fasa peralihan ke endemik pada tanggal 1 April 2022, yang membolehkan pembukaan semula sempadan negara selepas lebih dua tahun ditutup.
10. Justeru, kita sepatutnya sama-sama berkongsi rasa bahagia dan bangga apabila negara berjaya keluar dari pandemik, bahkan Malaysia diiktiraf sebagai negara yang terbaik di Asia Tenggara, dalam mendepani cabaran COVID-19.
11. Keberhasilan ini sekali gus, menyaksikan pembukaan semula pintu ekonomi dan merancakkan kembali aktiviti pelbagai sektor. Ia bukti kukuh komitmen Kerajaan dalam usaha menangani pandemik serta menarik balik sekatan pergerakan yang menjejaskan kehidupan seharian.
12. Pun begitu, pemulihan kesihatan dan ekonomi yang terus mengukuh ini, tidak terkecuali daripada berdepan ketidaktentuan politik yang terus menggugat kestabilan. Umpama peribahasa; empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit.
13. Parlimen Penggal Ke-14 melakarkan warna suram kepada landskap politik negara. Belum pernah terpateri dalam sejarah, berlakunya pertukaran tiga Perdana Menteri dan Kerajaan memerintah bersilih ganti dalam penggal yang sama. Ini memberi dampak memburuk terhadap sosiopolitiko-ekonomi.
14. Begitupun, percakaran tanpa henti antara pemain politik dapat dikekang daripada berterusan dengan membawa mereka ke meja rundingan, bagi meredakan keadaan. Kami mencari kebersamaan, bukan perbezaan. Kami mencari kesepakatan, bukan perpecahan.
15. Natijah semangat Keluarga Malaysia berteraskan Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran diterjemahkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, antara Kerajaan dan pembangkang. Ternyata, limpahan hikmah dan rahmatNya memanfaatkan seluruh Keluarga Malaysia.
16. Berkat kesepakatan ini, Kerajaan telah berjaya melaksanakan beberapa transformasi yang signifikan, antaranya;
i. Pindaan Perlembagaan Berkenaan Larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar Parti.
ii. Pindaan Perlembagaan Berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
iii. Akta Anti Gangguan Seksual
Keluarga Malaysia yang saya kasihi,
17. Pandemik COVID-19 yang melanda negara pada awal tahun 2020, mengakibatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup 5.5 peratus. Penguncupan paling besar sejak Krisis Kewangan Asia 1997-1998.
18. Namun, Kerajaan dengan langkah-langkah responsif dan proaktif telah berjaya membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi. Terbaharu, Bank Dunia menyemak semula unjuran KDNK negara bagi tahun 2022 kepada 6.4 peratus, berbanding 5.5 peratus yang diunjurkan pada Mac lalu.
19. Alhamdulillah, Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-18 paling aman di dunia daripada 163 negara, dan kedua di Asia berdasarkan Indeks Keamanan Global (GPI) 2022, yang menjadi ukuran utama kedamaian global di dunia. Ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia sejak GPI diperkenalkan pada 2008.
20. Dalam tempoh hanya setahun, Kerajaan Keluarga Malaysia berjaya kembalikan pasaran buruh ke tahap guna tenaga penuh. Kadar pengangguran telah menurun untuk 12 bulan berturut-turut, iaitu 3.7 peratus pada Julai 2022, berbanding 4.8 peratus pada Julai 2021.
21. Pelaburan Langsung Asing (FDI) juga meningkat dengan ketara. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sahaja, kita mendapat RM47.4 bilion berbanding sepanjang tahun lepas kita hanya memperoleh RM48.1 bilion.
22. Keyakinan dan minat pelabur terhadap Malaysia tidak meningkat secara tiba-tiba, sebaliknya ia didorong langkah proaktif Kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar mesra pelabur.
23. Ini termasuklah perjanjian bilateral yang dimeterai pada setiap misi saya ke luar negara, yang menjadikan Malaysia antara destinasi utama pelaburan dunia.
24. Jumlah perdagangan negara juga meningkat sebanyak 33.1 peratus kepada RM1.87 trilion bagi tempoh Januari - Ogos 2022, berbanding RM1.41 trilion pada tahun sebelum ini.
25. Pada Jumaat lalu, Bajet 2023 bertemakan; Keluarga Malaysia Makmur Bersama dibentangkan di Dewan Rakyat. Ia merupakan bajet yang terbesar dalam lipatan sejarah negara.
26. Dengan nilai RM372.3 bilion, ia membuktikan iltizam Kerajaan dalam memastikan tiada siapa pun yang dipinggirkan. Seawal usia dalam kandungan, sehingga ke usia emas, dari peniaga di ceruk desa sehinggalah ke konglomerat di tengah kota. Semuanya akan memperoleh limpah nikmat daripada bajet ini.
Keluarga Malaysia yang saya kasihi,
27. Dengan ini dimaklumkan, bahawa tengah hari semalam, saya telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada Baginda, mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.
28. Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022.
29. Saya mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masingmasing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.
30. Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos.
31. Sementara itu, penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
32. Diindang ditampi beras, dipilih antah satu-satu. Dengan pengumuman ini, mandat akan dipulangkan kepada rakyat. Mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan Kerajaan teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15.
33. Proses ini berlandaskan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai pasak pemerintahan, sejak negara mencapai kemerdekaan.
34. Pembubaran ini dilaksanakan bagi menoktahkan suarasuara yang selama ini meratib keabsahan Kerajaan, Kerajaan pintu belakang dan Kerajaan tebuk atap.
35. Semoga rakyat menggunakan kuasa yang ada pada mereka, untuk memilih kerajaan yang mampu meneruskan pelaksanaan Bajet Keluarga Malaysia 2023, mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuh ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan Keluarga Malaysia yang berbilang agama, kaum dan etnik.
36. Akhir kalam, dengan penuh keinsafan, pengharapan dan tawakal, saya mendoakan semoga seluruh Keluarga Malaysia dan negara sentiasa dipayungi rahmat, dilimpahi berkat.
37. Semoga disuburkan hati kita untuk terus mendokong agenda besar pencapaian kemakmuran serta kemajuan Malaysia yang tercinta.
Sekian,
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan perutusan khas di Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember
Aleksandar Vucic meminta rakyat dan ahli politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.
Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.
PRU15: Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri.
Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar
Annuar berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini.
Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu
Keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada petang Rabu.
PRU15: UMNO mohon bubar Parlimen demi kemaslahatan, masa depan rakyat - Zahid
UMNO memohon Parlimen dibubarkan ketika kerajaan campuran berada di puncak kuasa demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pas kecewa situasi memaksa Parlimen dibubar tergesa-gesa - Abdul Hadi
Pas melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa.
PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berharap BN akan bertanggungjawab seandainya berlaku sebarang kemudaratan akibat PRU15 yang diadakan semasa musim bah.
PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi
Rafizi berkata ada kemungkinan PRU15 akan berlangsung sebelum minggu kedua November.