SHAH ALAM: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berharap penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang tidak berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Perpaduan supaya memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Menurutnya, penyokong berkenaan perlu memberi peluang kepada PN untuk membuktikan apa yang mampu dilakukan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti lain dalam gabungan itu untuk enam negeri terbabit.
“Dari segi prestasi termasuk kajian yang dibuat oleh (termasuk) Sinar Harian, prestasi kerajaan hari ini kurang memberangsangkan.
“Rakyat kurang percaya dengan kebolehan kerajaan ini untuk menguruskan negara kita terutama dalam kita nak mengharungi cabaran ekonomi yang makin meruncing.
“Jadi ini akan memberi kesan kepada persembahan PH dan BN dalam PRN,” katanya pada program Sinar Live bertajuk Wan Saiful, Apa Cerita? yang dikendalikan hos, Hazwan Mokhtar pada Selasa.
Wan Saiful yang baharu meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu itu tidak dapat membayangkan situasi penyokong UMNO yang perlu mengundi calon DAP kerana kedua-dua parti itu bakal bekerjasama.
Ujarnya, selain itu penyokong Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga akan berkempen untuk calon UMNO, MCA serta MIC.
“Ini juga kali pertama saya tidak tahu macam mana penyokong DAP nak memangkah UMNO dan orang UMNO nak pangkah DAP.
“Orang Amanah dan PKR nak berkempen untuk UMNO, MCA dan MIC. Ini memang satu sejarah sungguh kali ini. Jadi kita sama-sama tengok.
“Saya mengharapkan mereka yang menyokong PH dan BN yang kurang berpuas hati dengan apa yang berlaku sekarang, bagi peluang kepada PN menunjukkan apa yang kami boleh buat untuk membantu negeri-negeri yang akan mengadakan PRN nanti,” katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 28 2023
Wan Saiful yang baharu meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu itu tidak dapat membayangkan situasi penyokong UMNO yang perlu mengundi calon DAP. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Ada transaksi kemasukan wang RM49,000 ke akaun peribadi Wan Saiful - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM49,000 ke dalam akaun bank persendirian Wan Saiful dua tahun lepas.
Hakim dan ketua pendakwaan baharu, bicara kes Wan Saiful 22 Ogos ini
Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi Wan Saiful berhubung Jana Wibawa, bersambung pada 22 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang baharu.
Mahkamah benar Wan Saiful dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Jakarta
Mahkamah membenarkan permohonan bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara.
Wan Saiful dedah perbualan WhatsApp, gambar didakwa ‘ejen’ pujuk sokong PM
Wan Saiful mendedahkan butiran perbualan WhatsApp dengan individu yang didakwa ejen atau orang tengah, bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu sokong PM: Wan Saiful dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
Azalina bangkit memaklumkan Wan Saiful pada 21 Mac telah menyatakan bahawa pertuduhan kes mahkamah terhadapnya boleh dibatal dan digugurkan.
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun
Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi Wan Saiful Wan Jan berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 24 Jun.
Isteri Wan Saiful kritikal hidap kanser usus tahap empat
Keadaan isterinya kini kritikal kerana kanser telah merebak ke beberapa organ yang lain.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Wan Saiful kecam ugutan bunuh diterima Teresa Kok
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengecam tindakan ugutan pembunuhan yang diterima oleh Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok.
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.