KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur, telah dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis Sdn Bhd.
Bekas Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB) Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Zulkipeli Yamat, 60, berkata dua syarikat lain ialah MCS Management Sdn Bhd dan CKJ Engineering and Services Sdn Bhd.
Menurut saksi pendakwaan ketujuh itu, terdapat harga tawaran yang diberikan oleh kontraktor-kontraktor iaitu CKJ Engineering sebanyak RM236,945,478.60, MCS Management (RM236,500,000) dan Nepturis (RM236,160,468).
Bagaimanapun, Zulkipeli yang merupakan pesara kerajaan berkata hasil daripada penilaian Jawatankuasa Penilaian Tender menyatakan bahawa, tender yang layak diperakukan dan dipertimbangkan ialah Nepturis dengan harga RM236,160,468.
"Saya sahkan kandungan Surat Setuju Terima daripada JKR kepada Nepturis bertarikh 28 Jun 2022, menyatakan pemakluman bahawa Kerajaan Malaysia bersetuju menerima tawaran tender daripada Nepturis dengan harga RM232 juta, bagi tempoh kontrak selama 36 bulan," katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Kepada soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa, mengapa terdapat dua nilai berbeza iaitu RM236,160,468 (ditawarkan oleh Nepturis) dan RM232 juta (diluluskan oleh Kementerian Kewangan), saksi itu menjelaskan bahawa Jabatan Perolehan Kementerian Kerja Raya (KKR) bersetuju untuk memperakukan harga tawaran sebanyak RM236,160,468.
"Walau bagaimanapun, setelah dimuktamadkan di Kementerian Kewangan, kementerian itu telah tawarkan harga sebanyak RM232 juta sahaja. Ini tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan Nepturis, sebelum kontrak projek ini (Projek Central Spine Road) ditandatangani," jelas saksi.
Kepada soalan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Wan Saiful, saksi itu bersetuju bahawa Nepturis merupakan syarikat yang membuat tawaran harga paling rendah iaitu RM236,160,468 berbanding dua syarikat kontraktor lain.
Zulkipeli turut bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tiada aduan dibuat oleh mana-mana ahli Jawatankuasa Penilaian Tender dan Jawatankuasa JKR dan KKR kepadanya, bahawa terdapat campur tangan daripada Wan Saiful berhubung pemberian tender (projek Central Spine Road) membabitkan Nepturis.
Saksi juga bersetuju bahawa beliau tidak pernah dihubungi oleh Wan Saiful dan tidak mengenali ahli politik itu sebelum ini.
Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta.
Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd, daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan SST bagi projek terbabit.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022.
Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta, dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya bagi membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia, selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini, antara 12 Ogos dan 13 Nov 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 19 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Wan Saiful hadir di Mahkamah Sesyen hari ini bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). - Foto Bernama
PRK Sungai Bakap: Pengundi India mampu jadi penentu kemenangan
Kedua-dua calon dilihat giat mendekati masyarakat India dengan pelbagai program turun padang demi memancing undi kaum itu.
Persiapan istiadat pertabalan Agong pada peringkat akhir, 700 tetamu bakal hadir
Bakal berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, segala persiapan diatur rapi dan teliti untuk memastikan istiadat berlangsung sempurna.
Syed Saddiq tamatkan larian solo dari Muar ke Parlimen
Beliau membuat pecutan terakhir misi solonya dari Stesen MRT KLCC pada pukul 8.45 pagi bagi menamatkan larian itu.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 37,877 pada hari ke-268 perang
Jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak 7 Oktober kini meningkat kepada 37,877 orang dengan 86,969 individu cedera.
Masyarakat Melayu Rawa di Gopeng masih kekalkan adat berjojak
Adat berjojak dilakukan sebagai lambang seorang bayi itu bakal memulakan langkah dalam kehidupan.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.
Platform kewangan digital komprehensif perkasa PMKS
Ketua Pengarah, CHIP In Sdn Bhd Zakwan Sharif kongsikan tentang platform kewangan digital komprehensif, CHIP yang direka khusus untuk menyokong dan memperkasa PMKS. Matlamat mereka adalah untuk membantu perniagaan menyelaraskan proses kewangan mereka, mengurangkan kerumitan operasi, dan memacu pertumbuhan.
PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan?
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin dan calon PN, Abidin Ismail.
Pemain badminton China rebah sebelum meninggal dunia
Kejadian berlaku ketika pemain muda itu beraksi menentang Jepun dalam saingan peringkat kumpulan pada jam 12.20 malam.
AWANI Pagi: Penemuan bersejarah di Bukit Choras & menariknya arkeologi
Ikuti cerita pasukan penyelidik Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat penemuan bersejarah di Bukit Choras, Yan, Kedah.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wan Saiful dedah perbualan WhatsApp, gambar didakwa ‘ejen’ pujuk sokong PM
Wan Saiful mendedahkan butiran perbualan WhatsApp dengan individu yang didakwa ejen atau orang tengah, bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu sokong PM: Wan Saiful dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
Azalina bangkit memaklumkan Wan Saiful pada 21 Mac telah menyatakan bahawa pertuduhan kes mahkamah terhadapnya boleh dibatal dan digugurkan.
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun
Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi Wan Saiful Wan Jan berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 24 Jun.
Isteri Wan Saiful kritikal hidap kanser usus tahap empat
Keadaan isterinya kini kritikal kerana kanser telah merebak ke beberapa organ yang lain.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Wan Saiful kecam ugutan bunuh diterima Teresa Kok
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengecam tindakan ugutan pembunuhan yang diterima oleh Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok.
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Wan Saiful sendiri minta 'habuan', jumpa saya dan MP Gua Musang - Zulkafperi
Beliau mendakwa Wan Saiful turut berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan berhubung peruntukan yang diterima.
Tiga Ahli Parlimen PN berdepan hukuman berat - Speaker Dewan Rakyat
Johari beri peringatan semua isu politik mesti dibahaskan, didebatkan dan dipertarungkan di pentas luar, bukan di Dewan Rakyat.
Parlimen: Wan Saiful dedah MP Gua Musang, Tanjong Karang jadi 'ejen pemujuk' kerajaan
Beliau mendedahkan individu itu sebagai Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.