KUALA LUMPUR : Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang baru dipecat jawatan parti minggu lalu, menempelak keputusan badan tertinggi parti itu mencalonkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai 'poster boy' Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Jelas Ahli Parlimen Pasir Salak itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu menggunakan MKT UMNO untuk mengumpan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti, hanya semata-mata untuk menuntut PRU15 diadakan secepat mungkin.
Lebih mengejutkan, taktik mengumpan Ismail Sabri dengan pencalonan 'poster boy' ataupun bakal calon Perdana Menteri UMNO-BN pada PRU15, didakwa Tajuddin sebagai sebahagian usaha Ahmad Zahid untuk jadi Perdana Menteri segera.
"Tidak payah umpan PM (Perdana Menteri) jadi poster boy pilihan raya untuk UMNO-BN. Hakikatnya tawaran sebegitu dibuat supaya Ismail Sabri segera mengadakan pilihan raya.
"Tujuan Zahid tidak lain tidak bukan hanyalah mahu membolehkan beliau pula menjadi Perdana Menteri," ujar beliau dalam satu sidang media khas di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas punca sebenar beliau dipecat daripada jawatan ahli MKT UMNO pada Rabu minggu lalu.
Berikutan keputusan pemecatan itu, Ahmad Zahid mendedahkan Tajuddin dipecat disebabkan beberapa kenyataan bekas Pengarah Pilihan Raya UMNO itu yang dianggap bertentangan dengan keputusan parti.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pula menjelaskan keputusan pemecatan Tajuddin untuk digantikan dengan bekas Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil, adalah bertujuan membolehkan pemimpin veteran parti itu fokus kepada jawatan baharu sebagai Duta Khas Malaysia ke Indonesia.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Jun 27 2022

Tajuddin dilaporkan dipecat menjadi MKT UMNO disebabkan beberapa kenyataan bekas Pengarah Pilihan Raya UMNO itu yang dianggap bertentangan dengan keputusan parti. - Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

'Tak payah umpan PM jadi poster boy PRU15' - Tajuddin
Perdana Menteri ibarat 'umpan' buat Barisan Nasional untuk menghadapi PRU15.

Calon PM kesembilan: Tajuddin dakwa Ku Li 'dipermainkan' Zahid
Bagaimanapun, Tajuddin tidak menjelaskan bagaimana Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li 'dipermainkan' Ahmad Zahid.

Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.

Kerajaan negeri perlu kawal pertukaran status tanah - Tajuddin
Kerajaan negeri perlu mengawal status tanah pertanian yang dilihat banyak ditukar ke status pembangunan.

Anggota UMNO perlu kukuhkan hubungan hadapi perjuangan politik mencabar
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata semua anggota parti perlu terus memperkukuhkan hubungan terutamanya dalam menghadapi perjuangan politik yang amat mencabar pada ketika ini.

Lebih 5,000 nelayan darat nikmati elaun sara hidup tahun lalu
Kerajaan memperuntukkan RM12.5 juta sebagai elaun sara hidup kepada lebih 5,000 nelayan darat di seluruh negara pada tahun lalu, kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Lesen Bernas mungkin ditarik balik jika gagal selesai isu pemutuan padi - Tajuddin
Tindakan tegas termasuk kemungkinan menarik balik lesen import beras akan dikenakan terhadap Bernas jika kemelut kadar pemotongan pemutuan padi tidak diselesaikan, kata Datuk Seri Tajuddin.