Tindakan tegas termasuk kemungkinan menarik balik lesen import beras akan dikenakan terhadap Syarikat Padi Beras Nasional Bhd (Bernas) jika kemelut kadar pemotongan pemutuan padi tidak diselesaikan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata Bernas sebagai pengimport tunggal beras negara perlu sedar tujuan asal pewujudannya adalah untuk membantu petani dan matlamat itu perlu dikotakan.
"Bernas memberi perakuan dan berjanji kepada kerajaan bahawa mereka akan membantu, membela nasib dan memajukan masyarakat petani.
"Kalau Bernas tak dapat nak memenuhi obligasi serta syarat ini lebih elok kita tamatkan konsesi itu dan berikan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang mempunyai kaitan dengan petani," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Pasir Salak (KuPAS) di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini, para petani menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Bernas yang membuat kadar pemotongan bagi pemutuan padi sehingga lebih 50 peratus bagi setiap tan metrik yang dijual pada musim lalu.
Selain itu, Tajuddin berjanji akan membawa isu tersebut yang membebankan golongan pesawah kepada perhatian Menteri Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi mencari jalan penyelesaian.
"Yang menjadi isu sekarang ini kita difahamkan Bernas mengenakan potongan yang begitu tinggi sehingga lebih 50 peratus, ini agak tidak logik kalau sekiranya ia disebabkan masalah kualiti (pemutuan padi).
Pada majlis itu, Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada KuPAS bagi pembangunan kelab usahawan itu untuk lebih berdaya maju.
Sehingga Disember 2016, sebanyak RM13,025,600 pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diberikan kepada 1,430 sahabat AIM kawasan Pasir Salak.
"Saya difahamkan di Pasir Salak kosong peratus pinjaman tidak berbayar dan saya sebagai wakil rakyat amat berbangga dengan kejayaan ini," katanya sambil menambah tahun ini AIM menyasarkan pembiayaan sebanyak RM15 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017
![Lesen Bernas mungkin ditarik balik jika gagal selesai isu pemutuan padi - Tajuddin Lesen Bernas mungkin ditarik balik jika gagal selesai isu pemutuan padi - Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436901864_TAJUDDINABDULRAHMAN.jpg)
TAJUDDIN: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap Bernas jika kemelut kadar pemotongan pemutuan padi tidak diselesaikan. - Gambar fail
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659750554_BERNAS.jpg)
Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin
BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama.
![Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735747863_TBBERAS.jpg)
Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.
![BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712379090_SyedAbuHussinHafi.jpg)
BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) digesa mengumumkan harga siling bagi beras putih import (BPI) untuk disebarkan kepada umum.
![BERNAS anjur Program Ikhlas Back To School, agih barang keperluan sekolah BERNAS anjur Program Ikhlas Back To School, agih barang keperluan sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706839853_BernasTabika.jpg)
BERNAS anjur Program Ikhlas Back To School, agih barang keperluan sekolah
Pengagihan melibatkan 200 murid terpilih dari keluarga kurang berkemampuan dan akan mula bersekolah Tahun Satu bagi sesi Mac 2024/2025.
![Mohamad Sabu tegaskan beras cukup, mampu tampung empat hingga lima bulan Mohamad Sabu tegaskan beras cukup, mampu tampung empat hingga lima bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676094595_MohamadSabu.jpg)
Mohamad Sabu tegaskan beras cukup, mampu tampung empat hingga lima bulan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah stok beras tempatan sehingga 3 Oktober 2023 adalah sebanyak 820,482 tan metrik.
![BERNAS sangkal produk beras ada campuran plastik BERNAS sangkal produk beras ada campuran plastik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659750554_BERNAS.jpg)
BERNAS sangkal produk beras ada campuran plastik
Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan oleh syarikat itu adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.
![BERNAS sokong usaha kerajaan pastikan bekalan beras mencukupi BERNAS sokong usaha kerajaan pastikan bekalan beras mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-03/81490885326_Bernas.jpg)
BERNAS sokong usaha kerajaan pastikan bekalan beras mencukupi
BERNAS menyalurkan sebanyak 630,000/TM dari Januari hingga Ogos 2023 iaitu peningkatan 38 peratus.
![AIGA2022: Bernas muncul pemenang Anugerah Platinum AIGA2022: Bernas muncul pemenang Anugerah Platinum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674056491_AIGAbernas.jpg)
AIGA2022: Bernas muncul pemenang Anugerah Platinum
Padiberas Nasional Berhad (Bernas) muncul pemenang Anugerah Platinum Intergriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022.
![Bantuan Khas BERNAS disalur kepada pesawah mulai 16 Januari Bantuan Khas BERNAS disalur kepada pesawah mulai 16 Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665146288_SawahPadi.jpg)
Bantuan Khas BERNAS disalur kepada pesawah mulai 16 Januari
Bantuan khas BERNAS akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
![[LAPOR LANGSUNG] Anwar adakan pertemuan dengan Ismail Sabri, bincang isu semasa [LAPOR LANGSUNG] Anwar adakan pertemuan dengan Ismail Sabri, bincang isu semasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670343733_AnwarIsmailSabri.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Anwar adakan pertemuan dengan Ismail Sabri, bincang isu semasa
Anwar berkata beliau menghargai kesudian bekas PM merangkap Naib Presiden UMNO itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya.