UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Anwar adakan pertemuan dengan Ismail Sabri, bincang isu semasa

Anwar berkata beliau menghargai kesudian bekas PM merangkap Naib Presiden UMNO itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya.

Astro Awani
Anwar berkata beliau menghargai kesudian Ismail Sabri (kanan) untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya. -FB Anwar Ibrahim

Sarawak akan bincang dengan menteri tambah baik kemudahan pelancongan

Wed Dec 07 2022

Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing bagi menambah baik kemudahan lokasi pelancongan negeri itu.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tumpuan semestinya terhadap lokasi pelancongan berasaskan alam semula jadi dan taman negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Penetapan harga minyak masak dua peringkat sedang diusahakan - Salahuddin

Wed Dec 07 2022

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata usaha untuk melaksanakan penetapan harga minyak masa secara dua peringkat sudah dimulakan.

Menurutnya, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemain besar industri bagi memulakan perbincangan mencari titik menang-menang untuk mereka dan juga pengguna.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Lupakan pertelingkahan politik lama demi pembangunan belia' - MBM

Tue Dec 06 2022

Lupakan pertelingkahan politik lama dan mula bekerja untuk membangunkan para belia di negara ini.

Demikian harapan Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) Syafiq Ridzwan Jamaluddin agar kerajaan baharu lebih agresif membantu menangani masalah belia.

“Apa sahaja pertelingkahan politik yang lepas jangan dibawa sampai ke hari ini. Cukuplah drama politik sekian lama dan mari kita kembali kepada pembangunan negara serta belia di Malaysia.

Zahid nafi 'jual' UMNO, tegaskan DAP janji hormati hak istimewa Melayu

Tue Dec 06 2022

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menafikan keputusan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan, sebagai tindakannya 'menjual' parti dan agama.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN dan Timbalan Perdana Menteri, berkata tindakan itu diambil demi kepentingan rakyat dan BN.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Tuan Ibrahim Ketua Pembangkang DUN Pahang

Tue Dec 06 2022

Perikatan Nasional (PN) memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai ketua pembangkang mewakili gabungan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata beliau akan memaklumkan pemilihan Timbalan Presiden Pas itu kepada Yang Dipertua DUN Pahang.


PDRM diberi kebebasan penuh siasat kenyataan Sanusi - Saifuddin

Tue Dec 06 2022

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi kebebasan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa pengundi di Padang Serai, Kedah meminta bayaran untuk pulang mengundi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Johor rancang bangunkan modul khas politik, kenegaraan susulan Undi18

Tue Dec 06 2022

Kerajaan Johor mempunyai perancangan untuk membangunkan sebuah modul khas bersifat politik dan kenegaraan kepada pelajar sekolah menengah di negeri ini sejajar dengan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh berkata, modul berkenaan sedang dikaji Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) serta Institut Dato' Onn (IDO).

'Tiada niat roboh empayar Syed Mokhtar, jangan politikkan' - PM

Tue Dec 06 2022

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary agar mengurangkan tindakan memonopoli beras dalam negara dengan menyalurkan peruntukan RM60 juta kepada pesawah miskin bukanlah untuk merobohkan empayar beliau.

Sebaliknya, Perdana Menteri menjelaskan, usaha itu adalah untuk menjaga kepentingan dan pesawah miskin di negara ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Hannah mahu jumpa atlet bincang kebajikan, keperluan

Tue Dec 06 2022

Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Hannah Yeoh tanpa berlengah, mahu mengadakan perjumpaan dengan para atlet dalam masa terdekat bagi membincangkan hal berkaitan keperluan dan kebajikan mereka.

Bercakap pada sidang media selepas melaporkan diri secara rasmi di Menara KBS di sini, Hannah berkata beliau juga tidak berniat untuk mengganggu proses persediaan atlet dengan mengubah hala tuju mereka secara tiba-tiba.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pertahan grand coalition - TPM

Tue Dec 06 2022

Kerajaan perlu teliti peruntukan tentukan harga

Tue Dec 06 2022

Semua projek sedang berjalan termasuk ECRL diteruskan - Anthony Loke

Tue Dec 06 2022

Semua projek di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT) akan diteruskan buat masa ini.

Menurut menterinya, Anthony Loke Siew Fook, ia termasuk projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) yang telah beberapa kali mengalami perubahan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Proses pelantikan Timbalan Menteri akan dilakukan minggu ini - Rafizi

Tue Dec 06 2022

Kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion batal, perlu diteliti semula - PM Anwar

Tue Dec 06 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan beberapa kelulusan terakhir termasuk projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion dibatal dan dihentikan serta-merta kerana tidak mematuhi peraturan serta diluluskan secara rundingan terus.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah mengarahkan pegawai Kementerian Kewangan untuk meneliti semula kelulusan itu bagi memastikan ia mematuhi prinsip ketelusan dan peraturan yang ditetapkan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Penggubalan dua akta baharu antara fokus Nancy di KPWKM

Tue Dec 06 2022

Penggubalan Akta Warga Emas dan Akta Profesion Kerja Sosial antara fokus Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang kini diterajui Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy berkata penggubalan akta baharu itu perlu dibuat dengan teliti dan mengambil kira kajian berasaskan bukti.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PM Anwar mula tugas sebagai Menteri Kewangan

Tue Dec 06 2022

Selepas 24 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan, secara rasmi hari ini.

Beliau tiba di kementerian tersebut pada pukul 7.57 pagi, melakukan imbasan di mesin kedatangan sebagai tanda memulakan tugas di kementerian itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PN akan umum nama Ketua Pembangkang sebelum 19 Disember - Muhyiddin

Tue Dec 06 2022

Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan nama Ketua Pembangkang sebelum 19 Disember ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Ketua Pembangkang itu telahpun diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi yang diadakan dua hari lalu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kertas Putih Pertahanan keutamaan Tok Mat

Tue Dec 06 2022

Menteri Pengangkutan jumpa Prasarana minggu ini

Mon Dec 05 2022

Harapan industri perniagaan kepada PM dan Kabinet

Mon Dec 05 2022

Usaha tarik pelabur asing perlu pelaksanaan segera

Mon Dec 05 2022

Henti berpolitik, sekarang masa kerajaan baharu bekerja selesai isu rakyat - Saifuddin Nasution

Mon Dec 05 2022

Fokus utama kerajaan kini adalah bekerja untuk rakyat dan menyelesaikan isu pemulihan ekonomi.

Justeru, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ahli politik perlu berhenti bermain politik berbaur ancaman dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Disindir ambil gaji Menteri Kewangan, Anwar jelas fakta sebenar

Mon Dec 05 2022

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Ujar beliau, dakwaan bahawa beliau hanya mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan itu adalah tidak benar.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bubar DUN: Pas serah kepada MB - Abdul Hadi

Mon Dec 05 2022

Pas akan menyerahkan kepada menteri besar untuk membuat keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri dikuasai parti berkenaan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata perkara itu akan diputuskan dalam perbincangan bersama menteri besar-menteri besar berkenaan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ketua Pembangkang: Tunggu kenyataan rasmi PN - Abdul Hadi

Mon Dec 05 2022

Timbalan Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan gabungan parti itu sudah melantik Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Presiden Pas itu bagaimanapun meminta agar semua pihak menunggu kenyataan rasmi daripada PN.

Potong gaji menteri 20 peratus, boleh kritik PM. Ini antara intipati sidang media Anwar Ibrahim

Mon Dec 05 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan jemaah menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Perkara itu dimaklumkan Anwar dalam sidang media di sini, selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertama.

Selain itu, turut disentuh oleh beliau adalah keterbukaan untuk mengkritik Perdana Menteri dan kerajaan kerana menurutnya, perkara itu diizinkan mengikut sistem demokrasi.

[KOLUMNIS] Suara rakyat, kebijaksanaan Raja lakar sejarah baru buat Malaysia

Mon Dec 05 2022

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) telah melabuhkan tirai.

Walaupun masih berbaki dua kerusi; satu kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN di Negeri Pahang namun keputusan dari kedua-dua kerusi tersebut tidak akan mengubah sifir politik dan mandat Kerajaan Perpaduan yang telah ditubuhkan. Kemenangan dan kekalahan kerusi-kerusi itu sekadar memberi isyarat kepada Kerajaan mahu pun semangat kepada Pembangkang tentang hasrat rakyat dalam PRU15 ini.


STAR sah tinggalkan PN - Jeffrey Kitingan

Mon Dec 05 2022

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Jeffrey Kitingan mengesahkan parti pimpinannya telah keluar daripada Perikatan Nasional (PN) dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

Beliau yang sebelum ini berkias mengenai perkara itu berkata, STAR dan PN kini sudah tidak lagi sehaluan selepas gabungan yang disertai oleh parti itu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengisytiharkan sokongan terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH).

Perjanjian gabungan antara semua parti di peringkat akhir - Zambry

Mon Dec 05 2022

Satu perjanjian gabungan akan ditandatangani semua parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan.

Menurut Menteri Luar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, perjanjian gabungan itu bagi memastikan kerajaan yang tertubuh terus kukuh.

"Saya selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), kita telah adakan perbincangan tentang apa yang dipanggil coalition agreement di kalangan kita, ia akan ditandatangani sedikit masa lagi," kata Zambry.


Pelantikan Menteri: Ahmad Zahid belum dihukum - PM Anwar

Mon Dec 05 2022

Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian adalah menjadi hak mana-mana pihak untuk mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, kes mahkamah yang dihadapi Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah masih belum diputuskan.

Jemaah menteri potong gaji 20 peratus setiap bulan - PM

Mon Dec 05 2022

Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat.

“Jemaah Menteri setuju bahawa atas semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat dan memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus," kata Anwar.

BACA BERITA PENUH
DI SINI

PM jadi Menteri Kewangan kerana keadaan sekarang luar biasa - Rafizi

Mon Dec 05 2022

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan beliau masih berpegang kepada pendirian agar mana-mana Perdana Menteri tidak sepatutnya memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Namun, kata Ahli Parlimen Pandan itu lagi, keadaan pada masa kini merupakan keadaan yang beliau sifatkan sebagai ‘luar biasa’, memandangkan tiada satu pun gabungan yang mampu membentuk kerajaan secara persendirian.

BERITA PENUH DI SINI

Perkasa perpaduan ummah, fokus utama Menteri Agama

Mon Dec 05 2022

Usaha memperkasakan perpaduan ummah akan menjadi fokus utama dalam bersama-sama ke arah pembangunan negara, kata Menteri Agama Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata ini berikutan situasi kini yang dilihat berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat sekali gus menjadi antara isu besar yang wajar diberi tumpuan dan penyelesaian.

BERITA PENUH DI SINI

Fadillah mula tugas rasmi sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi

Mon Dec 05 2022

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof memulakan tugas rasminya di kementerian itu dengan mengimbas kad perakam waktu tepat pada 8.30 pagi di sini, hari ini.

Sejurus selepas mengimbas kad perakam waktu, beliau dibawa ke pejabatnya untuk menghadiri satu sesi taklimat mengenai kementerian itu bersama ketua-ketua jabatan.

BERITA PENUH DI SINI

Fokus utama keluarkan Malaysia dari 'middle income trap' - Rafizi

Mon Dec 05 2022

Usaha dan langkah proaktif untuk mengeluarkan negara dari 'middle income trap' akan menjadi fokus utama Kementerian Ekonomi, kata Menterinya Rafizi Ramli.

Selain itu, katanya, beliau juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi bagi negeri kurang membangun, termasuk inisiatif membantu golongan miskin tegar.

BERITA PENUH DI SINI

Sidang Media Menteri Ekonomi Rafizi Ramli

Mon Dec 05 2022

Mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan

Mon Dec 05 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra, Putrajaya.

Mesyuarat pertama yang dihadiri kesemua Jemaah Menteri itu bermula pukul 10 pagi.

BERITA PENUH DI SINI




Saya sedia terima pandangan bekas menteri - Dr Zaliha

Mon Dec 05 2022

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau sedia menerima pandangan daripada bekas menteri-menteri kesihatan dalam meneraju kementeriannya.

Menurutnya, beliau amat terbuka menerima sebarang cadangan daripada mana-mana pihak termasuk penelitian terhadap polisi yang telah dikemukakan sebelum ini.

BERITA PENUH DI SINI

TPM Ahmad Zahid mula tugas secara rasmi di Perdana Putra

Mon Dec 05 2022

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra di sini.

Ahmad Zahid yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada pukul 8 pagi.

BERITA PENUH DI SINI

TPM Ahmad Zahid mula tugas secara rasmi di Perdana Putra

Mon Dec 05 2022

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra.

Ahmad Zahid disambut KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik tiba di perkarangan Kompleks Perdana Putra pada 8 pagi.

BERITA PENUH DI SINI

Fadhlina mengimbas kad perakam waktu di pejabat Menteri Pendidikan

Mon Dec 05 2022

Menteri Pendidikan @FadhlinaSiddiq mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya pada jam 8.52 pagi sebagai tanda memulakan tugas secara rasmi.

?? Aimi Ghazemy/BERNAMA pic.twitter.com/p8AY3UYCh1

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 5, 2022

Dr Zaliha mulakan tugas rasmi di Kementerian Kesihatan

Mon Dec 05 2022

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas rasmi di Kementerian Kesihatan pagi ini.

?? Fharkhan Ghapar/BERNAMA pic.twitter.com/s0WuMD5630

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 5, 2022

Datuk Mohd Na'im mulakan tugas rasmi di JAKIM

Mon Dec 05 2022
Datuk Mohd Na'im mulakan tugas rasmi di JAKIM

TPM Fadillah Yusof mengimbas kad perakam waktu di Kementerian Perladangan & Komoditi

Mon Dec 05 2022

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga merupakan Menteri Perladangan & Komoditi mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas di kementerian itu pada jam 8.30 pagi ini.@PetraJayaMP

?? Anasathia Jenis/BERNAMA pic.twitter.com/n4ZGUDAtuY

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 5, 2022

Anwar tiba di bangunan Perdana Putra

Mon Dec 05 2022

Anwar tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada kira-kira 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan.

TPM Zahid Hamidi imbas kad perakam waktu di Perdana Putra

Mon Dec 05 2022

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya sebagai tanda memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

?? Ashraf Syafiq Mazlan/BERNAMA pic.twitter.com/98N4ykOqSL

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 5, 2022

Rafizi akhirnya bersuara mengenai Kerajaan Perpaduan

Sun Dec 04 2022

Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli akhirnya ‘bersuara’ mengenai kerjasama PH dan BN setelah lebih seminggu Kerajaan Perpaduan dibentuk.

Menteri Ekonomi itu menyifatkan keputusan PRU15 lalu sebagai unik, mendesak semua pihak yang bersengketa dalam politik duduk semeja dan mengutamakan rakyat.

BERITA PENUH DI SINI

Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution

Sun Dec 04 2022

Calon BN kerusi Parlimen Padang Serai Datuk C Sivaraj akan dipertimbang untuk diberikan peranan yang sesuai dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH untuk memenangi PRU15 di kawasan itu, 7 Dis ini.

BERITA PENUH DI SINI

Kabinet Kerajaan Perpaduan mula bertugas, hadir mesyuarat khas esok

Sun Dec 04 2022

Kabinet Kerajaan Perpaduan akan memulakan tugas secara rasmi dengan menghadiri mesyuarat khas jemaah menteri yang pertama dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok (Isnin).

Selain menghadiri mesyuarat khas yang menetapkan peraturan baharu, dua timbalan perdana menteri dan beberapa jemaah menteri dijadual mengimbas kad perakam waktu (clock-in) di kementerian masing-masing, sebagai simbolik permulaan tugas rasmi mereka.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Mesyuarat Khas: Kepimpinan PM ditagih lentur hala tuju Kabinet - Penganalisis

Sun Dec 04 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengumumkan akan mempengerusikan satu mesyuarat khas jemaah menteri yang baharu dibentuk pada Isnin.

Menurut Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abdul Muis, empat perkara dijangka menjadi agenda pertemuan tersebut berkaitan dengan penetapan peraturan baharu kepada seluruh jemaah menteri dalam mengurus kementerian masing-masing.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PM secara prinsip setuju tubuh tabung amanah negeri - Abang Jo

Sun Dec 04 2022

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara prinsipnya bersetuju dengan penubuhan tabung amanah negeri yang dicadangkannya.

Jelas Abang Johari tabung amanah berkenaan dicadangkan ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan khusus bagi mengawal selia dana serta projek Kerajaan Persekutuan yang diluluskan untuk Sarawak.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pas mahu PM pertimbang peruntukan ahli Parlimen sama rata, termasuk pembangkang - Khairil Nizam

Sun Dec 04 2022

Kerjasama baik antara kerajaan dan pembangkang boleh dilaksanakan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengutamakan pemberian peruntukan ahli Parlimen yang sama rata.

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khiruddin berkata, perkara itu merupakan antara janji termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), yang kini menerajui Kerajaan Persekutuan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Usaha rundingan bermula sebelum PRU, Anwar mahu politik inklusif - Saifuddin Nasution

Sun Dec 04 2022

Usaha mewujudkan kerajaan dari parti yang berbeza ideologi politik bukanlah dibuat selepas mendapat keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dedah Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, Menteri Dalam Negeri itu berkata, kesemua parti yang berkaitan sudah lama membaca perubahan landskap politik negara, yang tidak memungkinkan mana-mana parti atau gabungan dapat membentuk kerajaan sendiri.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PN pembangkang konstruktif, kolaboratif, bertanggungjawab dan setia

Sun Dec 04 2022

Anwar disaran lantik Menteri Kewangan baharu - IDEAS

Sun Dec 04 2022

Pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan dilihat kurang wajar malah tidak selaras dengan prinsip tadbir urus baik seperti yang dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Dr Tricia Yeoh berkata, Anwar sebelum ini dengan tegas mengisytiharkan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dan ia sebagai agenda teras Kerajaan Perpaduan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat

Sun Dec 04 2022

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan dirinya akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Tegasnya, sehingga kini tiada sebarang notis atau pemakluman diterimanya untuk mengisi jawatan berkenaan seperti mana yang dilaporkan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sediakan 'blueprint' khusus bagi pembangunan Sabah, Sarawak

Sun Dec 04 2022

BN Sabah wajar diberikan jawatan menteri - Ketua UMNO Kalabakan

Sun Dec 04 2022

Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata ketiadaan ahli parlimen BN Sabah dalam barisan kabinet baharu itu seolah-olah menunjukkan parti itu disisihkan oleh kerajaan perpaduan.

UMNO Kalabakan dalam pada itu menyokong kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang meluahkan rasa kesal dengan kabinet baharu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Zahid balas kritikan Muhyiddin terhadap Anwar

Sun Dec 04 2022

ABIM perinci lima perkara utama isu pendidikan

Sun Dec 04 2022

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memperincikan lima perkara utama isu pendidikan di dalam negara yang perlu dititikberatkan.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, perkara pertama adalah melibatkan masalah keciciran pembelajaran yang harus diangkat sebagai isu utama.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Dewan Pemuda Pas sindir ‘Kabinet Reformasi’ Anwar

Sun Dec 04 2022

Pelantikan Zahid dibuat berdasarkan hierarki parti - Ahmad Maslan

Sun Dec 04 2022

Pelantikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan berunsurkan kepentingan politik, tetapi dibuat dengan mengambil kira kedudukannya dalam hierarki parti.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pelantikan Ahmad Zahid ke jawatan kedua tertinggi negara itu juga, bertujuan memberikan kestabilan kepada Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk selepas tiada parti memperolehi majoriti mudah 112 di Dewan Rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Kabinet Reformasi Anwar beri kegembiraan pengundi PH - Pemuda Pas

Sun Dec 04 2022

Dewan Pemuda Pas hari ini menyindir barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkannya cukup mantap dan membawa semangat reformasi.

Timbalan Ketuanya Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pengumuman barisan anggota kabinet itu memberi 'kelegaan dan kegembiraan' kepada rakyat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Chang Lih Kang galas tanggungjawab majukan sains dan teknologi negara

Sun Dec 04 2022

Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang kini menggalas tugas sebagai Menteri Sains dan Teknologi dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chang, 42, memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Nasional Singapura (NUS).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Contohi DAP, berhenti 'meroyan' tak dapat jadi PM - Zahid

Sun Dec 04 2022

Bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta untuk menghormati pelantikan melibatkan Kerajaan Perpaduan kerana ia telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Muhyiddin dilihat lupa pelantikan Perdana Menteri adalah bidang kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Hubungan jemaah menteri, penjawat awam diperkukuh

Sun Dec 04 2022

Fahmi Menteri Komunikasi Digital, sering jadi tempat rujukan media

Sun Dec 04 2022

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil adalah antara 14 muka baharu dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat.

Beliau dilantik sebagai Menteri Komunikasi Digital.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Azalina janji teruskan isu reformasi tertunggak

Sun Dec 04 2022

PM Anwar janji cari ruang 'layan' netizen walau masa kian terbatas

Sat Dec 03 2022

Perdana Menteri memberikan komitmen bahawa beliau akan mencari masa untuk 'melayani' komen netizen di laman media sosial Twitter.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tanggungjawabnya semakin bertambah sekali gus membataskan ruang dan masa untuk membalas komen di laman media sosial tersebut.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Tak sampai 24 jam diumum menteri, Dr Zaliha 'dihujani' cadangan

Sat Dec 03 2022

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mendedahkan sudah menerima pelbagai cadangan pembaikan sektor kesihatan tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan memegang jawatan itu pada Jumaat malam.

Ahli Parlimen Sekijang itu menyifatkan perkembangan tersebut sebagai petanda baik bahawa rakyat memberi perhatian besar kepada perkhidmatan kesihatan yang menjadi keperluan asas kepada semua golongan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ewon 'anak kampung' harapan rakyat Sabah

Sat Dec 03 2022

Nama Datuk Ewon Benedick bukan asing lagi di bibir rakyat Sabah terutama masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR), yang mengenali beliau sebagai seorang pemimpin muda yang semakin meningkat naik.

Berasal dari Kampung Penampang Proper, Penampang, Ewon, 39, merupakan 'anak kampung' yang mudah didekati, justeru pelantikan beliau sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi disambut dengan perasaan gembira, serta harapan menggunung bagi membentuk negara serta Sabah yang lebih baik.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Khairuddin minta PN henti 'bernostalgia'

Sat Dec 03 2022

Bekas pemimpin Pas, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali meminta Perikatan Nasional (PN) supaya berhenti 'bernostalgia' apabila gagal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Jelasnya, gabungan itu hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya jauh untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan yang memerlukan jumlah majoriti sebanyak 112 kerusi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pakar ekonomi yakin Anwar akan jadi Menteri Kewangan yang baik

Sat Dec 03 2022

PN sifatkan barisan Kabinet Anwar sebagai kalut

Sat Dec 03 2022

Pemimpin masih dibicara di mahkamah tidak sepatutnya ada dalam Kabinet

Sat Dec 03 2022

Dengar kata, jangan hakis kepercayaan rakyat

Sat Dec 03 2022

Senarai jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan di sini

Sat Dec 03 2022

Laman mikro ini menyajikan Diari 100 Hari pentadbiran Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdan Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Seramai 27 Menteri Kabinet mengangkat sumpah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, pada Sabtu.

Turut hadir dalam Istiadat yang berlangsung di Istana Negara di ibu negara itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tengku Zafrul ikrar pastikan Malaysia terus kompetitif, jadi destinasi pelaburan penting

Sat Dec 03 2022

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berikrar memastikan Malaysia terus menjadi destinasi penting dalam pelaburan selain menjadikan negara ini berdaya saing bagi pelabur.

"Saya percaya tugas ini telah menjadi tugas besar, namun pada masa hadapan, kita perlu memastikan Malaysia terus meraih momentum bagi memastikan kita menarik pelaburan utama, terutamanya dalam bidang yang memberikan nilai kepada negara," katanya kepada pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu buat kali pertama sebagai menteri pada 6.07 petang di Menara MITI hari ini.

Hubungan Jemaah Menteri dan penjawat awam diharap terus diperkukuh - KSN

Sat Dec 03 2022

Anggota perkhidmatan awam berharap hubungan antara Jemaah Menteri dan penjawat awam terus diperkukuh dalam memastikan kelancaran pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat.

Dalam ucapan tahniah atas pelantikan barisan Jemaah Menteri baharu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali turut menyuarakan harapan agar mandat dan tanggungjawab yang diberi dilaksanakan dengan adil, amanah dan berintegriti.

Dari Pantai Remis ke Putrajaya, Nga Kor Ming kini bergelar menteri

Sat Dec 03 2022

Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri memegang portfolio Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, bukan nama asing dalam arena politik negara.

Nga, 50, pernah menjadi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ketika usianya hanya mencecah 27 tahun selain memegang jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy

Sat Dec 03 2022

Datuk Seri Nancy Shukri akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baharu dilantik menyertai Kerajaan Perpaduan itu berkata, pelantikan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang diberikan kepadanya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Dilantik TPM: 'Ini bukan kemenangan tetapi permulaan cabaran' - Ahmad Zahid

Sat Dec 03 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan bukanlah kemenangan sebuah perjuangan.

Sebaliknya beliau menegaskan, ia adalah permulaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang akan tiba sebaik sahaja diberi amanah memegang jawatan tersebut.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Azalina ikrar tangani dan pinda undang-undang lapuk supaya relevan

Sat Dec 03 2022

Selaku Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said berikrar untuk menangani isu undang-undang lapuk dan melaksanakan pindaan diperlukan supaya relevan dengan keadaan semasa.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azalina antaranya berkata pindaan itu termasuk pemisahan kuasa Peguam Negara dengan Pendakwa Raya untuk memelihara kebebasan budi bicara Pendakwa Raya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Semua pihak perlu hormati keputusan PM - Warisan

Sat Dec 03 2022

Semua pihak perlu menghormati barisan Kabinet Kerajaan Malaysia yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan parti Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman berkata sesiapapun yang dilantik itu adalah prerogatif Perdana Menteri dan tidak sepatutnya timbul soal kecewa.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Sokongan DAP tiada syarat, sanggup berkorban untuk Anwar jadi PM' - Loke

Sat Dec 03 2022

Sokongan DAP kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak bersyarat, termasuk jumlah keanggotaan dalam Kabinet atau jawatan-jawatan tinggi lain, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook.

Loke berkata, apa yang penting bagi DAP ialah Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri, kerana beliau adalah individu yang mampu memimpin serta menghasilkan kejayaan untuk negara.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Kes Zahid terpulang kepada mahkamah, DAP komited jayakan agenda negara - Anthony Loke

Sat Dec 03 2022

DAP hanya akan menumpukan agenda kepada pembangunan dan pengurusan negara, terutamanya melalui penyertaan empat pemimpinnya dalam Jemaah Kabinet, kata Setiausaha Agung parti, Anthony Loke Siew Fook.

Biarpun mendapat kritikan daripada penyokong tentang prinsip DAP dalam memerangi rasuah dan penyelewengan kuasa, namun Ahli Parlimen Seremban itu berkata, kes peribadi mana-mana menteri adalah terpulang kepada bidang kuasa mahkamah.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Jemaah Menteri beredar pulang dari Istana Negara

Sat Dec 03 2022

Usai mengangkat sumpah jawatan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah, beberapa menteri dilihat mula meninggalkan Istana Negara melalui Pintu Dua bermula jam 5.40 petang tadi.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia melibatkan 27 menteri itu berlangsung selama lebih sejam.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Pagi angkat sumpah Senator, petang angkat sumpah depan Agong

Sat Dec 03 2022

Lima wanita terajui kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan

Sat Dec 03 2022

Kerajaan Perpaduan menyaksikan lima pemimpin wanita diberi mandat untuk memegang jawatan menteri di bawah portfolio masing-masing.

Antara nama yang diberi kepercayaan sebagai Menteri di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Nancy Shukri, Fadhlina Sidek, Dr Zaliha Mustafa dan Hannah Yeoh.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Fadillah Yusof cipta sejarah, rakyat Borneo Malaysia pertama jadi TPM

Sat Dec 03 2022

Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, 60, melakar sejarah dalam politik Malaysia apabila menjadi rakyat pertama dari wilayah Borneo negara dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dilahirkan di sebuah perkampungan Melayu di Sibu di bahagian tengah Sarawak, beliau adalah anak Allahyarham Yusof Merais, yang berjuang bersama-sama Rosli Dhoby, menentang penyerahan Sarawak kepada Kolonial British pada 1946.

INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG FADILLAH? KLIK DI SINI

"Anwar minta saya sertai Kabinet tetapi..." - Gobind Singh

Sat Dec 03 2022

Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo tampil mengulas persoalan mengapa beliau tidak menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya menerusi muat naik di Facebook, beliau tidak boleh menganggotai Kabinet, namun tidak memperincikan sebab di sebalik keputusannya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Selamat Hari OKU! - PM Anwar

Sat Dec 03 2022

Menteri Agama akhiri upacara angkat sumpah Menteri Persekutuan

Sat Dec 03 2022

Azalina bersyukur dapat sertai Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar

Sat Dec 03 2022

KENYATAAN MEDIA YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Urusan Undang-Undang dan Reformasi Institusi pic.twitter.com/5mdFyxaizV

— Azalina Othman Said (@AzalinaOthmanS) December 3, 2022

Orang-orang kanan BN/PN dipinggirkan - Shahidan Kassim

Sat Dec 03 2022

Dua TPM, 25 ahli Kabinet angkat sumpah jawatan Menteri

Sat Dec 03 2022

Dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI


"Ini Kabinet kalut" - Hamzah

Sat Dec 03 2022

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan barisan Kabinet yang dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Kabinet kalut'.

Menurut Hamzah, beliau menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan dari PN dan Barisan Nasional (BN) yang turut menyatakan perkara yang sama.


BERITA PENUH DI SINI

Nancy, Azalina antara dua menteri wanita angkat sumpah pada Sabtu

Sat Dec 03 2022

Tengku Zafrul antara angkat sumpah dalam kumpulan ketiga

Sat Dec 03 2022

Mohamad Sabu ketuai kumpulan kedua angkat sumpah jawatan Menteri

Sat Dec 03 2022

Zahid, Fadillah angkat sumpah sebagai TPM

Sat Dec 03 2022

Anwar tidak mahu ada kartel 'parti dalam parti' seperti dulu - Fahmi Fadzil jawab Muhyiddin

Sat Dec 03 2022

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah menfitnah dan melontar tuduhan keterlaluan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Kerajaan Perpaduan yang dibentuk atas nasihat Yang di-Pertuan Agong, kata Fahmi Fadzil.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, yang juga Menteri Komunikasi Digital itu berkata, Muhyiddin harus sedar Kerajaan hari ini ini bukan Kerajaan Pakatan Harapan, di mana Perdana Menteri boleh melantik sesiapa yang diingini.


BERITA PENUH DI SINI

Jawapan Fahmi Fadzil untuk TS Muhyiddin Yassin

Sat Dec 03 2022

Ikuti perkembangan terkini dari Istana Negara bersama Astro AWANI

Sat Dec 03 2022

Ikuti perkembangan terkini dari Istana Negara bersama wartawan Astro AWANI Ridauddin Daud sempena Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri-Menteri Persekutuan#PilihanMalaysia#PantauKerajaanBaharu https://t.co/DlESLGPaJB

— ??Astro AWANI?? (@501Awani) December 3, 2022

NUTP harap Menteri Pendidikan, KPT baharu perkenal dasar progresif

Sat Dec 03 2022

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) mahu Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi yang baharu dilantik untuk mempertingkatkan kemajuan dan memperbaiki sistem pendidikan dengan memperkenalkan dasar-dasar yang progresif.

Menurut Setiausaha Agung NUTP Fouzi Singon dalam satu kenyataan hari ini, NUTP berharap Menteri Pendidikan Fadhliana Sidek dapat memberikan lebih autonomi kepada akar umbi dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran serta peka akan permasalahan yang sudah lama dihadapi dunia pendidikan negara.

BERITA PENUH DI SINI

Bersih gesa Anwar penuhi janji Manifesto PH untuk lawan rasuah

Sat Dec 03 2022

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggandakan usaha bagi memenuhi Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk melawan rasuah dan mengukuhkan integriti institusi utama negara.

Menurut Jawatankuasa Pemandu Bersih menerusi kenyataannya, Pengerusi PH itu dan kabinet baharunya perlu segera mengutamakan tindakan bagi menghapuskan sebarang keraguan campur tangan kes mahkamah dan konflik kepentingan.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Bersih kesal Anwar jawat Menteri Kewangan, Zahid dilantik TPM

Sat Dec 03 2022

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyatakan kekesalan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan.

Jelas Jawatankuasa Pemandu Bersih, pelantikan itu akan melemahkan semak dan imbang yang diperlukan bagi menjamin negara tidak kembali kepada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Kleptokrat' diangkat, Kabinet Anwar paling mengecewakan dalam sejarah - Muhyiddin

Sat Dec 03 2022

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik kalangan ‘kleptokrat’ menunjukkan beliau telah menggadai prinsip tatakelola baik, seperti yang dijaja sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Pagoh yang juga bekas Perdana Menteri itu berkata, barisan Kabinet yang diumumkan Anwar pada Jumaat disifatkan sebagai "paling mengecewakan" dalam sejarah negara.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

'Satu pengalaman baharu buat saya, tekad mainkan peranan efektif' - Saifuddin

Sat Dec 03 2022

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perlantikannya sebagai barisan kabinet.

Meskipun satu pengalaman baharu sebagai Ahli Dewan Negara, tekadnya ketika ini jelas Saifuddin memainkan peranan berkesan dan efektif dalam kementerian itu.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Harapan terhadap kementerian agama

Sat Dec 03 2022

YDP Dewan Negara mengalu-alukan pelantikan empat Senator baharu

Sat Dec 03 2022

Penglibatan wakil Borneo

Sat Dec 03 2022

Tengku Zafrul, tiga lagi angkat sumpah Senator

Sat Dec 03 2022

Empat ahli jemaah Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pagi ini.

Mereka ialah Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memegang portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kementerian Dalam Negeri), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Kementerian Luar), dan Datuk Mohd Na’im Mokhtar.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Perkembangan terkini dari pekarangan Parlimen

Sat Dec 03 2022

Upacara angkat sumpah Senator

Sat Dec 03 2022

Pengumuman Kabinet baharu pinggirkan BN Sabah - Bung

Sat Dec 03 2022

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menzahirkan kekecewaan terhadap pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 8.15 malam yang menyaksikan tiada seorang pun Ahli Parlimen BN Sabah yang dilantik sebagai menteri penuh bagi mewakili negeri itu.

Keputusan Anwar itu, menurut Bung, seolah-olah meminggirkan BN Sabah yang mempunyai tujuh Ahli Parlimen selain menjadi penyokong terawal kepada pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

NCWO puji PM lantik lima menteri wanita

Fri Dec 02 2022

Majlis Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik lima wanita sebagai menteri.

Yang Dipertuanya, Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, sungguhpun belum mencapai sasaran sebanyak 30 peratus, namun ia merupakan peningkatan hampir 18 peratus pemimpin wanita diangkat menjadi jemaah menteri dalam Kerajaan Perpaduan.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tiga bekas pelajar MCKK barisi kabinet Anwar

Fri Dec 02 2022

Tiga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menganggotai Parlimen Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Antara bekas pelajar MCKK adalah Anwar yang turut memegang jawatan Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Anggota Kabinet tekad beri khidmat terbaik

Fri Dec 02 2022

Anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan semalam bertekad untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri Pendidikan Tinggi merupakan satu penghormatan daripada Kerajaan Perpaduan.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Setiap kementerian wajib papar KPI masing-masing - Rais Hussin

Fri Dec 02 2022

Setiap kementerian harus menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) dan wajib dipaparkan kepada khalayak umum supaya ia dapat dinilai dan dipantau rakyat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Rais Hussin berpendapat bahawa kerajaan perlu telus dengan setiap perancangan mereka dan bertanggungjawab atas setiap kejayaan mahupun kegagalan masing-masing.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ucapan tahniah atas pelantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan

Fri Dec 02 2022

Beberapa ahli politik menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diumumkan malam tadi.

Antaranya, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengucapkan selamat maju jaya kepada ahli-ahli Kabinet yang akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Tujuh menteri dari Sabah, Sarawak dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan

Fri Dec 02 2022

Pelantikan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan melakar sejarah baharu apabila beliau menjadi Ahli Parlimen pertama dari Sarawak menjawat jawatan itu.

Lantikan beliau diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media pengumuman barisan Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya malam tadi.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Mana perginya perjuangan reformasi? - Wan Saiful

Fri Dec 02 2022

Ini persoalan yang ditimbulkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan apabila dia menyifatkan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'muflis moral' kerana mengangkat kluster mahkamah dalam pentadbiran negara.

"Mana perginya perjuangan reformasi? Saya juga kasihan pengundi UMNO-BN kerana segala laungan mereka telah dijual sebegitu murah oleh Zahid Hamidi yang mahu menyelematkan diri. Adakah UMNO masih relevan hari ini?

Tengku Zafrul kembali ke Kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan

Fri Dec 02 2022

Bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri ketiga yang menamakan beliau dalam barisan Kabinet selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tengku Zafrul akan menggantikan bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

BACA ARTIKEL PENUH
DI SINI 

Pertama kali Menteri Agama dilantik setelah dapat perkenan Majlis Raja-Raja

Fri Dec 02 2022

Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Jumaat menyaksikan buat pertama kalinya Perdana Menteri melantik seorang menteri penuh bagi urusan hal ehwal agama Islam setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Ia adalah mengikut Perkara 2(1)(c) Peraturan Baru Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) 2022 yang diisytiharkan pada awal tahun ini susulan ketetapan keputusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-258 pada 9 hingga 10 Mac 2022.

ARTIKEL PENUH DI SINI

MCA, MIC tiada dalam Kabinet

Fri Dec 02 2022

iada wakil daripada parti MCA dan MIC dalam kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong sebelum ini dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dalam kerajaan terdahulu manakala Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan menjadi Menteri Sumber Manusia.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Jemaah Menteri perlu elak pembaziran, fokus inisiatif ringankan beban rakyat - Anwar

Fri Dec 02 2022

Jemaah Menteri yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan perlu mengelakkan pembaziran serta fokus dalam melaksanakan inisiatif yang boleh meringankan beban rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media pengumuman kabinet beliau hari ini, Anwar berkata anggota kabinet perlu mengutamakan tata kelola yang baik semasa melaksanakan tugas masing-masing.

BACA ARTIKEL PENUH
DI SINI

 PM Anwar akan teraju Kementerian Kewangan

Fri Dec 02 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa beliau juga akan memegang portfolio jawatan Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu kerajaan perpaduan.

Sebelum ini, Anwar, 75, pernah memegang portfolio sebagai menteri kewangan selama lapan tahun
-- dari 1991 hingga 1998 - di bawah pentadbiran perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

BAC A ARTIKEL PENUH
DI SINI

Kementerian Kerja Raya akan teruskan polisi sedia ada - Alexander

Fri Dec 02 2022

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang diumum sebagai Menteri Kerja Raya di bawah Kerajaan Perpaduan memberi jaminan akan meneruskan dasar kementerian yang terbukti berkesan di samping menambah baik dasar yang boleh membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Malah Ahli Parlimen Kapit itu turut menegaskan, beliau akan menjadi ‘minister for all, not just for Sarawakians’ sekali gus berikrar akan memastikan setiap usaha dan inisiatif yang diambil di bawah kementerian tersebut akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

BACA ARTIKEL PENUH
DI SINI

Fadillah TPM, 4 lagi Ahli Parlimen GPS sertai Kabinet Kerajaan Perpaduan

Fri Dec 02 2022

Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekali gus mencipta sejarah sebagai Ahli Parlimen pertama dari Sarawak yang menyandang jawatan berprofil tinggi berkenaan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman khas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, sekitar pukul 8.15 malam tadi.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Kabinet Perpaduan: Ahmad Zahid, Fadillah dilantik TPM

Fri Dec 02 2022

Pengumuman Kabinet Kerajaan Baharu oleh Perdana Menteri

Fri Dec 02 2022

Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar

Fri Dec 02 2022

Menerusi sidang media pada Jumaat, Perdana Menteri Ke-10 itu mengumumkan 28 nama menteri dalam kerajaan pimpinannya.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang menjadi antara tumpuan utama sejak beberapa hari lepas diisi Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

SENARAI PENUH KABINET KERAJAAN PERPADUAN ADA DI SINI

Zahid, Fadillah dilantik Timbalan Perdana Menteri

Fri Dec 02 2022

Lapan hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menamatkan persoalan dan teka-teki berhubung barisan Kabinet yang akan bersama-sama dengannya mentadbir negara.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi antara tumpuan utama sejak beberapa hari lepas diisi Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.

Angkat sumpah Senator dijadual pagi Sabtu

Fri Dec 02 2022

Pembentukan Kabinet: Majlis angkat sumpah Senator dijadual 8.30 pagi Sabtu

Fri Dec 02 2022

Satu majlis mengangkat sumpah Senator Dewan Negara dijadual berlangsung di Parlimen esok.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat mengesahkan majlis itu akan berlangsung pada jam 8.30 pagi.

“Senarai embargo pagi esok. Majlis jam 8.30 pagi,” katanya di sini, pada Jumaat. 

BACA BERITA PENUH DI SINI

PM Anwar umum Kabinet jam 8.15 malam ini

Fri Dec 02 2022

"Insya-Allah jam 8.15 malam ini saya akan mengumumkan saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan. Nantikan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kemas kini di laman Facebook, sebentar tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sidang media PM ke-10 akan berlangsung jam 8.15 malam ini

Fri Dec 02 2022

Media sedang menunggu pengumuman Kabinet Perpaduan PM ke-10

Fri Dec 02 2022

Media sedang menantikan pengumuman Jemaah Menteri daripada DS @anwaribrahim.

Astro Awani @501Awani akan membawakan pengumuman ini secara langsung di semua platform kami.#PantauKerajaanBaharu #Kabinet#JemaahMenteri pic.twitter.com/oL3EbvHAF9

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) December 2, 2022

Kenderaan membawa PM Anwar tiba di PMO pada 4.29 petang

Fri Dec 02 2022

Kenderaan membawa Perdana Menteri @anwaribrahim memasuki Bangunan Perdana Putra pada 4.29 petang.

Anwar akan mengumumkan pelantikan barisan Kabinet hari ini selepas senarai tersebut dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pagi tadi, di Istana Negara.

? Hayati Akhir pic.twitter.com/JCdiFWodOS

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 2, 2022

Barisan Jemaah Menteri diumum petang ini - Anwar

Fri Dec 02 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai Menteri Kabinet yang akan bersama-sama dengannya mentadbir kerajaan petang ini.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap selepas menyertai program Solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Ipoh, hari ini.


Barisan Kabinet diumum petang ini - PM Anwar

Fri Dec 02 2022

?Barisan Kabinet diumum petang ini - PM Anwar

?Barisan Kabinet akan dipanggil ke mesyuarat khas Isnin ini - PM Anwar pic.twitter.com/PA2qiMFIUk

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 2, 2022

Anwar menghadap Sultan Perak, pulang ke Tambun kali pertama selepas dilantik PM10

Fri Dec 02 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, Ipoh, hari ini.

Ia sempena kepulangan kali pertama Ahli Parlimen Tambun itu ke kawasannya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lalu. 

BERITA PENUH DI SINI

Azhar sah kosongkan kerusi Speaker

Fri Dec 02 2022

Tan Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang 19 Disember depan.

Menurutnya, Parlimen yang bakal bersidang akan dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.

BERITA PENUH DI SINI

PM Anwar hadir sesi 'walkabout' dan ramah mesra di Pasar Tanjung Rambutan

Fri Dec 02 2022

#Ipoh Sesi Walkabout dan ramah mesra di Pasar Tanjung Rambutan oleh Perdana Menteri Datuk Seri @anwaribrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun mendapat sambutan meriah daripada penduduk.

?? Rozainah Abdul Rahim | BERNAMA pic.twitter.com/HxxB2Y3luy

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 2, 2022

Saranan untuk kerajaan

Fri Dec 02 2022

Menjamin Kabinet yang bersih, berintegriti, cekap

Fri Dec 02 2022

Anwar tinggalkan Istana Kinta selepas kira-kira satu jam

Fri Dec 02 2022
Anwar tinggalkan Istana Kinta selepas kira-kira satu jam

PM Anwar tiba di Istana Kinta, Ipoh

Fri Dec 02 2022

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri @anwaribrahim tiba di Istana Kinta bagi sesi menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pagi ini.

?? Mohd Faizal Hassan | BERNAMA pic.twitter.com/cMpUyeUvKD

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 2, 2022

PM Anwar selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong

Fri Dec 02 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Anwar dilihat meninggalkan Istana Negara sekitar jam 9.15 pagi selepas kira-kira 40 minit menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BERITA PENUH DI SINI

Menggerakkan reformasi institusi pendidikan tinggi

Fri Dec 02 2022

PM Anwar meninggalkan Istana Negara

Fri Dec 02 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas 40 minit memasuki Istana Negara @501Awani pic.twitter.com/ag0qu9Wztk

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 2, 2022

Menjelang pengumuman senarai Kabinet

Fri Dec 02 2022

PM Anwar tiba di Istana Negara

Fri Dec 02 2022

PM @anwaribrahim tiba di Istana Negara pada 8.22 pagi dipercayai bagi mempersembahkan senarai nama cadangan Menteri Kabinet kepada YDP Agong

?? Adil Muzaffar | BERNAMA pic.twitter.com/RfYjoYUoUC

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 2, 2022

Wakil AWANI bersedia di perkarangan Istana seawal 8 pagi

Fri Dec 02 2022

Perdana Menteri Datuk Seri @anwaribrahim dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini. Ia difahamkan berkaitan dengaj pembentukan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan @501Awani pic.twitter.com/dVN27Jxssm

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) December 2, 2022

Pantau Kerajaan Baharu

Thu Dec 01 2022

Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal berdepan dengan pelbagai cabaran.

Platform laman mikro Astro Awani 'Pantau Kerajaan Baharu' menghimpunkan laporan berita setiap hari berkaitan dasar dan pembaharuan, meraikan pendapat dan idea ke arah membina Malaysia yang lebih baik.

BERITA PENUH DI SINI

Kabinet: Pengumuman akan dibuat PM ke-10 esok?

Thu Dec 01 2022

Selepas seminggu Anwar dilantik sebagai PM10, tumpuan kini terarah kepada barisan Kabinet yang bakal mengganggotai pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Debaran semakin dirasai apabila khabar angin bertiup kencang bahawa senarai Kabinet baharu bakal diumumkan Anwar petang esok.

BERITA PENUH DI SINI

#Anwar Ibrahim#PM10#Syed Mokhtar Al-Bukhary#BERNAS
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.