Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam meramalkan ramai lagi ahli dan pemimpin DAP akan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap dasar dan prinsip yang diamalkan oleh pemimpin mereka.
Katanya, dasar dan prinsip DAP kini sudah berubah dan menyimpang daripada matlamat asalnya sehingga menyebabkan empat wakil rakyatnya bertindak keluar parti.
"Kita boleh nampak contohnya pada satu ketika Lim Kit Siang menjadi pengkritik yang paling teruk terhadap Tun Dr Mahathir tetapi hari ini mereka sudah duduk semeja dan berpegang tangan, seolah-olah semua benda ini tidak berlaku.
"Itu yang menjadi isu di kalangan ahli dan pemimpin DAP ketika ini dan mungkin mereka berpendapat perhubungan baru ini akan melemahkan parti dan daripada sudut itu, mereka membuat keputusan bahawa lebih baik mereka meninggalkan parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pejabat MIC Bahagian Ipoh Barat dan menyempurnakan Pesta Ponggal di Pusat Perusahaan Kacang Puteh di Buntong pada Ahad.
Hadir sama Pengerusi MIC Perak, Datuk V. Elango.
BACA: DAP sedang alami krisis kepercayaan - TPM
BACA: Empat wakil rakyat DAP Melaka keluar parti
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan empat pemimpin DAP negeri Melaka, termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him bertindak keluar parti hari ini.
Mereka yang lain merupakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).
Bercakap pada sidang media di Melaka hari ini Tong Him berkata, mereka hilang kepercayaan terhadap parti dan kecewa dengan barisan kepimpinan.
Menurut Tong Him, mereka akan terus menjalankan tanggungjawab dan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas.
Jawatankuasa Disiplin DAP menggantung keahlian Tong Him dan Leong San selama setahun sejak 7 Februari tahun lalu kerana merosakkan reputasi parti.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Feb 12 2017
DR SUBRAMANIAM: Ramai lagi ahli dan pemimpin DAP akan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap dasar dan prinsip parti itu. - Gambar fail
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 bermula Februari 2025
Penguatkuasaan gaji minimum itu ditangguhkan bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
Kerajaan mengumumkan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), dengan hampir 500 juta ringgit diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.
PRK Mahkota: PH giat kempen tingkat kesedaran pengundi tunai kewajipan
Terdapat segelintir kecil penduduk tidak sedar PRK sedang berlangsung, menyebabkan jentera mereka membantu pengundi membuat semakan pusat mengundi.
Steven Sim, Lim Hui Ying antara 32 calon jawatankuasa DAP Pulau Pinang
Seramai 32 individu akan bertanding untuk merebut 15 jawatan ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027 pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang, 22 Sept ini.
Isu sijil halal: 'Saya tak pernah persoal peranan Jakim, sijil halal' - Teresa Kok
Teresa Kok menjelaskan beliau tidak pernah mempersoalkan peranan Jakim termasuk langkah pematuhan sijil halal.
Isu sijil halal: 'DAP akan terus berdiri bersama Teresa Kok' - Guan Eng
Lim Guan Eng, menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal, tidak menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan raja.
Tuduhan berkongsi ideologi dengan Chin Peng adalah fitnah - Lim Kit Siang
Ahli politik veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tuduhan dia dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi yang sama, adalah fitnah.
Lee Chin Chen dipilih Pengerusi DAP Pahang baharu
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.