Calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau N27, S Streram memfailkan saman terhadap Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menuntut SPR membayar ganti rugi berjumlah lebih RM2.6 juta selepas pencalonannya ditolak untuk bertanding pada PRU14.
Streram, 63 tahun, selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Haniff Khatri di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Pengurus Pilihan Raya iaitu Amino Agos Suyub dan SPR masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua melalui firma guaman Tetuan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
Berdasarkan penyataan tuntutan, Streram mendakwa beliau telah membayar deposit pencalonan sejumlah RM5,000, selain deposit bahan kempen sebanyak RM3,000 kepada pejabat SPR Seremban.
Beliau mendakwa, tidak mendapat maklumat bahawa tag atau pas nama calon diperlukan untuk masuk ke dewan pencalonan dan hanya mengetahui perkara itu pada sebelah petang sehari sebelum penamaan calon, namun pejabat yang mengeluarkan pas itu telah ditutup.
Susulan itu katanya, beliau ke pejabat SPR keesokan harinya sehari sebelum ke dewan penamaan calon, namun gagal mendapatkan pas berkenaan.
Sehubungan itu, beliau tidak dibenarkan memasuki dewan penamaan calon pada jam 9 pagi.
Bagaimanapun menurutnya, borang pencalonannya telah dihantar oleh orang lain kerana tidak dapat masuk ke dewan pencalonan, namun pencalonannya telah ditolak kerana beliau, pencadang dan penyokong tiada di dewan tersebut.
Malangnya, beliau mendapat tahu calon BN Dun Rantau telah menang tanpa bertanding ketika SPR membuat pengumuman di tempat pencalonan.
Susulan itu, dua laporan polis telah dibuat, selain menghantar serah surat bertarikh 30 April dengan melampirkan pencalonan lengkap kepada defendan, namun pada 4 Mei beliau telah menerima emel yang menyatakan penolakan pencalonannya.
Beliau menegaskan tiada keperluan undang-undang yang menyatakan bahawa tag atau pas masuk diperlukan untuk menjadi calon.
Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi segala sumbangan serta perbelanjaan kewangan, dan tenaga kerja bagi persiapan PRU14 DUN Rantau, ganti rugi khas, ganti rugi am, selain ganti rugi teladan sebanyak RM2.6 juta, faedah dan kos serta relif lain yang sesuai.
Sinar Harian
Mon May 07 2018
Streram mendakwa dia mendapat tahu calon BN Dun Rantau telah menang tanpa bertanding ketika SPR membuat pengumuman di tempat pencalonan. - Gambar fail
Penduduk Gaza cari jalan uruskan saki-baki runtuhan termasuk dijadikan nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Setahun Genosid Gaza: Derita musim sejuk tanpa rumah untuk berlindung
Setahun genosid Gaza, penduduk terpaksa mengharungi musim sejuk dengan hanya berlindung di khemah tanpa rumah yang hangat.
Penduduk Gaza kutip serpihan runtuhan jadi batu nisan
Di sebalik runtuhan sebuah kediaman dua tingkat, seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed dilihat mengumpulkan serpihan bumbung yang musnah dan diletakkan di dalam baldi pada Ahad.
Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Menjelang setahun pencerobohan tentera Israel di Gaza, situasi masih belum menampakkan bayang serangan rejim Israel akan dihentikan dalam masa terdekat.
Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.
Ehsan Property lancar pembangunan bersepadu baharu Ehsan Widuri
Pemaju hartanah terkemuka, Ehsan Property melancarkan pembambangunan bersepadu baharu dikenali sebagai Ehsan Widuri bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap kediaman berkualiti tinggi dengan fokus pada kelestarian dan reka bentuk yang inovatif.
Protes di Islamabad: Kumpulan media Malaysia nyaris terkandas, jalan ditutup dengan kontena
Sekumpulan media dari Malaysia berhadapan detik mendebarkan selepas terpaksa menggunakan laluan alternatif untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad.
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
Agenda pemerkasaan ekonomi adil untuk semua kaum - PM Anwar
Perdana Menteri berkata agenda pemerkasaan ekonomi dilaksanakan dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
SPRM beri tumpuan enam bidang tambah baik CPI Malaysia
Kumpulan fokus yang baru ditubuhkan bakal memberikan tumpuan kepada enam bidang bagi menambah baik Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
[TIDAK RASMI] BN menang di PRK Mahkota
Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh kedudukan selesa mengatasi pencabarnya dari PN.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
PRK Mahkota: Pilih wakil rakyat selari kerajaan bawa kelebihan kepada pengundi - Ahmad
Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK DUN Mahkota: Tengku Zafrul optimis undi awal berpihak kepada BN
Tengku Zafrul berkata, BN meletakkan calon yang berkualiti, berkredibiliti dan berpengalaman berkhidmat di DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Fasa pertama kempen harmoni, santai mengikut 'cara Johor'
Kempen 'Cara Johor', itu peringatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota tamat pada Sabtu lepas.