KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul hari ini berkata status empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar daripada Bersatu setakat ini kekal dan belum ada kekosongan kerusi mereka.
Beliau berkata notis pemakluman daripada Bersatu untuk mengesahkan bahawa telah berlakunya kekosongan luar jangka empat Ahli Parlimen berkenaan, telah diterima pada 27 Dis.
"Saya kena teliti dahulu... keputusan mengenai kedudukan mereka akan diumumkan selepas tempoh 21 hari," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee dalam kenyataan hari ini berkata notis berkenaan diserahkan untuk memastikan bahawa telah berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat berkenaan.
Menurut beliau notis berkenaan adalah selaras Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan, melibatkan empat ahlinya yang telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai ahli Bersatu dengan menggunakan logo parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
BACA: Keluar parti: Bersatu hantar notis kekosongan luar jangka, pilihan raya perlu diatur
Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang Dipertua apabila menerima notis bertulis daripada mana-mana Ahli Dewan Rakyat mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli Dewan Rakyat di bawah Perkara ini, hendaklah memastikan bahawa berlakunya kekosongan luar jangka itu dan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya sewajarnya dalam tempoh 21 dari tarikh menerima notis bertulis itu.
BACA: Tidak perlu PRK di Sabah, empat Ahli Parlimen bertanding guna lambang GRS bukan Bersatu - Nazri
Di dalam notis berkenaan, Ahli Parlimen yang dinamakan ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).
Ronald yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah berkata semasa persidangan Dewan Rakyat pada 19 Dis lepas, empat Ahli Dewan Rakyat itu duduk di blok kerajaan.
"Tindakan menyertai dan duduk di blok yang tidak menyokong parti Bersatu yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden Bersatu dan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang adalah 'crossing the floor' (beralih sokongan) dan ia melanggar janji pilihan raya mereka kepada para pengundi," katanya.
Beliau berkata keahlian mereka sebagai anggota Bersatu telah gugur mengikut perlembagaan parti dan perkara ini telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 21 Dis lepas.
"Justeru, menurut Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan, Ahli-ahli Dewan Rakyat tersebut hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat dan kerusi mereka hendaklah dikosongkan," katanya.
Pada 10 Dis lepas, bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dilapor berkata pemimpin Bersatu Sabah membuat keputusan sebulat suara untuk keluar daripada parti itu, namun kekal di bawah GRS.
Hajiji, yang juga Pengerusi GRS, berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik Malaysia ketika ini terutama di Sabah, dan demi kepentingan negeri, perpaduan selain memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022

Johari berkata, notis pemakluman daripada Bersatu untuk mengesahkan bahawa telah berlakunya kekosongan luar jangka empat Ahli Parlimen berkenaan, telah diterima pada 27 Dis. - Gambar fail/BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mac 2025.
AWANI Tonight 14 March 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Ismail Sabri records 6-hour statement, to return to MACC tomorrow
2. Putin: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed
1. Ismail Sabri records 6-hour statement, to return to MACC tomorrow
2. Putin: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Polis tahan empat lelaki, rampas 855 bungkus air ketum di Machang
Polis menahan empat lelaki dan merampas 855 bungkus air ketum serta peralatan lain yang keseluruhan bernilai RM26,640 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang.

Perancangan penyaluran air Sungai Perak ke Bukit Merah pada peringkat akhir - PM Anwar
Perancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang membekal air terawat ke Pulau Pinang kini berada pada peringkat akhir.

Tesla beri amaran tarif Trump boleh jejaskan perniagaan, tingkatkan kos
Tesla, memberi amaran bahawa perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Donald Trump boleh mendedahkannya kepada tarif timbal balas serta meningkatkan kos pengeluaran kenderaan di AS.

Program Gema Ramadan: Bernas sumbang keperluan asas kepada golongan miskin bandar
Bernas menyantuni dan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada golongan miskin bandar menerusi Program Gema Ramadan dalam usaha mencetus impak sosial yang lebih menyeluruh.
It's About YOUth: From anxiety to action: Youth’s role in saving the planet
As the planet heats up, youth will inherit a world of extreme weather, biodiversity loss, and an uncertain future. WWF-Malaysia’s Dr Jason Hon and YUFE’s Chok Jia Xuan discuss engaging the younger generation to transform climate anxiety into action for the planet.

KPDN Perak rampas 16,380 liter diesel disimpan melebihi had
KPDN Perak merampas 16,380 liter minyak diesel untuk pengoperasian jentera berat bagi mengorek pasir kerana disimpan melebihi had di Pantai Remis awal pagi semalam.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh libas wayar pengecas telefon ke arah mangsa
Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melibas wayar pengecas telefon ke arah mangsa ketika berada di bilik asrama 7 Resak.

Parlimen akan guna tenaga solar tahun depan - Johari
Parlimen Malaysia dijangka menggunakan tenaga solar dalam operasinya menjelang Jun tahun depan sebagai usaha ke arah masa depan yang lebih mampan.

Status empat ahli Parlimen Sabah keluar Bersatu masih kekal, kedudukan diumum selepas 21 hari - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul hari ini berkata status empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar daripada Bersatu setakat ini kekal dan belum ada kekosongan kerusi mereka.