KUALA LUMPUR:Pas tidak perlu terkapai-kapai membuat keputusan membabitkan dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh sokongan 113 ahli Dewan Rakyat dalam bentuk akuan bersumpah (SD) dan akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebaliknya pihaknya perlu menunggu hakikat sebenar apakah yang sedang berlaku.
"Ini bukan kali pertama (dakwaan Anwar cukup majoriti), oleh sebab itu kita perlu tunggu berita sebenar.
"Sudah beberapa kali (ia berlaku) dan kita sedang tunggu (kebenaran itu). Jadi kita tidak perlu terkapai-kapai untuk buat sebarang keputusan sebelum hakikat sebenar," katanya ketika sesi Dialog Bersama Media di sini pada Ahad.
Pada Sabtu, khabar angin bertiup kencang mengatakan Anwar sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat.
Lebih menguatkan dakwaan itu apabila ada satu laporan menyebut sokongan yang diperoleh Anwar turut mendapat sokongan SD daripada 10 MP UMNO.
Sumber dalaman Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun menafikan laporan berita yang menyebut 10 MP UMNO memberi sokongan kepada Anwar.
Fauzi Suhaimi
Sun Dec 13 2020
Abdul Hadi berkata, sebaliknya pihaknya perlu menunggu hakikat sebenar apakah yang sedang berlaku. - Bernama
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.