JOHOR BAHRU: Tindakan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dari Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap pelik dan tidak wajar.
Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas berkata, kesemua ahli-ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini sudah menyatakan sokongan sebulat suara kepada PN.
"Kami sebenarnya sudah buat kenyataan bersama menyokong PN selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid memutuskan menyokong kepimpinan Anwar pada 12 Oktober lalu.
"Disebabkan itu, saya pelik apabila Labuan (Suhaili) buat kenyataan pada Isnin untuk menyokong Anwar. Ini kerana kenyataan sokong PN itu dibuat bersama dan Labuan pun ada datang Parlimen minggu lepas.
"Saya tidak pasti apa yang berlaku dalam tempoh tiga hari ini. Kami akan dipanggil untuk taklimat dan perbincangan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
BACA: Sokong PM: MP Kuala Kangsar akhirnya 'muncul'
Muhammad Islahuddin menambah sebagai ahli parti, sebarang tindakan ahli Parlimen perlu dirujuk terlebih dahulu dengan pimpinan.
"Sebagai ahli Parlimen baharu, bagi saya isu ini sering berlaku, cuma kali ini agak pelik kerana sudah ada Akta Lompat Parti.
"Saya harap ahli Parlimen 'senior' dapat memberi tunjuk ajar melalui tindak-tanduk yang baik untuk dijadikan contoh kepada ahli Parlimen yang masih muda," katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Islahuddin mengakui dirinya masih kekal setia bersama Bersatu.
"Bagi saya sebagai pembangkang pun masih boleh bawa suara rakyat walaupun tanpa peruntukan," katanya.
Suhaili menerusi kenyataan memberitahu, keputusan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dibuat setelah mengambil kira kesemua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan bekalan elektrik berterusan.
Suhaili adalah ahli Parlimen kedua dari Bersatu yang mengumumkan untuk menyokong kepimpinan Anwar.
Pada 12 Oktober lalu, Iskandar Dzulkarnain memutuskan untuk menyokong kepimpinan Anwar.
Iskandar Dzulkarnain berkata, beliau tidak akan meninggalkan atau mengkhianati Bersatu dalam apa jua keadaan atas prinsip taat dan setia kepada parti. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 31 2023
![Sokong PM: Tindakan Labuan pelik, tidak wajar - Islahuddin Sokong PM: Tindakan Labuan pelik, tidak wajar - Islahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698722389_IslahuddinAbas.jpg)
MUHAMMAD ISLAHUDDIN: Saya tidak pasti apa yang berlaku dalam tempoh tiga hari ini; kami akan dipanggil untuk taklimat dan perbincangan dalam masa terdekat. - Gambar fail
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Fokus Minggu Depan: Laporan PAC akan dibentang dan dibahaskan minggu depan
Prof. Dr Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti UUM ada perinciannya.
![Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720344530_MohamadHasan.jpg)
Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal - Mohamad
UMNO Bahagian disaran mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat.
![Enam bekas MP Bersatu yakin kerusi tidak akan dikosongkan Enam bekas MP Bersatu yakin kerusi tidak akan dikosongkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719991144_TBparlimen.jpg)
Enam bekas MP Bersatu yakin kerusi tidak akan dikosongkan
Enam ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian kerana menyokong Perdana Menteri yakin kerusi Parlimen yang disandang mereka tidak akan dikosongkan.
![Sidang media khas enam MP Bersatu di Bangsar hari ini batal atas nasihat polis Sidang media khas enam MP Bersatu di Bangsar hari ini batal atas nasihat polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700016890_TBDatukDrSuhail.jpg)
Sidang media khas enam MP Bersatu di Bangsar hari ini batal atas nasihat polis
Keenam-enam MP Bersatu dijangka nyatakan pendirian mereka dalam sidang media di Parlimen esok.
![Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700016890_TBDatukDrSuhail.jpg)
Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.
![Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700016890_TBDatukDrSuhail.jpg)
Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri
Suhaili Abdul Rahman berkata, sokongannya kepada Perdana Menteri demi memastikan kelangsungan rakyat di kawasan Parlimen Labuan.
![Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698642725_tbSuhailiAbdulRahm.jpg)
Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun
Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan Datuk DSuhaili Abdul Rahman dalam parti itu bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini.
![Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655784531_SuhailiAbdulRahman.jpg)
Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi
Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.
![Sokong PM: Tindakan Labuan pelik, tidak wajar - Islahuddin Sokong PM: Tindakan Labuan pelik, tidak wajar - Islahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698722389_IslahuddinAbas.jpg)
Sokong PM: Tindakan Labuan pelik, tidak wajar - Islahuddin
Ahli Parlimen Mersing itu berkata, kesemua Ahli Parlimen Bersatu sebelum ini sudah menyatakan sokongan sebulat suara kepada PN.
![Ahli Parlimen Labuan isytihar sokong kepimpinan PM Anwar Ahli Parlimen Labuan isytihar sokong kepimpinan PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698642725_tbSuhailiAbdulRahm.jpg)
Ahli Parlimen Labuan isytihar sokong kepimpinan PM Anwar
Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman menzahirkan sokongan beliau kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini.
![Siasat isu perkhidmatan feri tidak cukup - MP Labuan Siasat isu perkhidmatan feri tidak cukup - MP Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655784531_SuhailiAbdulRahman.jpg)
Siasat isu perkhidmatan feri tidak cukup - MP Labuan
Jabatan Laut Labuan diminta meneliti isu perkhidmatan feri yang tidak mencukupi bagi laluan Labuan-Menumbok-Labuan termasuk menyiasat jika terdapat penjualan tiket di pasaran gelap.
![Masalah gangguan bekalan air, elektrik berlarutan sekat pelaburan ke Labuan - Suhaili Masalah gangguan bekalan air, elektrik berlarutan sekat pelaburan ke Labuan - Suhaili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681708879_SuhailiAbdulRahman.jpg)
Masalah gangguan bekalan air, elektrik berlarutan sekat pelaburan ke Labuan - Suhaili
Isu yang membelenggu hampir dua dekad itu memburukkan lagi pemulihan ekonomi dan membebankan rakyat dalam jangka masa panjang.