KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman menzahirkan sokongan beliau kepada kepimpinan Perdana Menterim Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira semua permasalah rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, serta masalah bekalan air dan elektrik di sana,
"Saya sebagai Ahli Parlimen Labuan dengan ini mengisytiharkan untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar İbrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10 bermula daripada kenyataan ini dikeluarkan," kata Suhaili.
Menurut beliau, selama 15 tahun lamanya, tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi semua permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Labuan boleh dikatakan sebagai melepaskan batuk di tangga atau piecemeal basis sahaja," menurutnya, dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sehubungan itu, Suhaili turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dalam usaha beliau membantu rakyat Labuan melalui anak syarikat GLC Sabah dalam menyediakan peluang pekerjaan secara kecil-kecilan sejak mula mengemudi pucuk kepimpinan di Sabah.
"Bagi mengelak sebarang keraguan, saya ingin menegaskan bahawa dengan menyatakan sokongan saya kepada kepimpinan Perdana Menteri dan juga kepimpinan Ketua Menteri Sabah, saya akan terus taat, setia dan kekal sebagai Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)."
"Meskipun berdepan dengan risiko sebarang tindakan disiplin daripada parti, saya bersedia menerimanya demi memastikan kebajikan rakyat Labuan dan pengundi-pengundi di kawasan saya terbela dari terus menjadi mangsa keadaan dan ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan kerana perbalahan naratif politik seperti mana yang berlaku sekarang," katanya.
Suhaili turut menyatakan sokongan beliau terhadap dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif kerajaan dalam halhal yang mengutamakan usaha-usaha memantapkan pembangunan, ekonomi dan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
"Pengisytiharan sokongan saya ini kepada kepimpinan PM ke-10 adalah tanpa sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak dan saya melakukan dengan seikhlas hati demi kepentingan rakyat Labuan," tambahnya.
Astro Awani
Mon Oct 30 2023

Suhaili turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dalam usaha beliau membantu rakyat Labuan melalui anak syarikat GLC Sabah dalam menyediakan peluang pekerjaan secara kecil-kecilan. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Enam bekas MP Bersatu yakin kerusi tidak akan dikosongkan
Enam ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian kerana menyokong Perdana Menteri yakin kerusi Parlimen yang disandang mereka tidak akan dikosongkan.

Sidang media khas enam MP Bersatu di Bangsar hari ini batal atas nasihat polis
Keenam-enam MP Bersatu dijangka nyatakan pendirian mereka dalam sidang media di Parlimen esok.

Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri
Suhaili Abdul Rahman berkata, sokongannya kepada Perdana Menteri demi memastikan kelangsungan rakyat di kawasan Parlimen Labuan.

Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun
Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan Datuk DSuhaili Abdul Rahman dalam parti itu bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini.

Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi
Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.

Sokong PM: Tindakan Labuan pelik, tidak wajar - Islahuddin
Ahli Parlimen Mersing itu berkata, kesemua Ahli Parlimen Bersatu sebelum ini sudah menyatakan sokongan sebulat suara kepada PN.

Ahli Parlimen Labuan isytihar sokong kepimpinan PM Anwar
Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman menzahirkan sokongan beliau kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini.

Siasat isu perkhidmatan feri tidak cukup - MP Labuan
Jabatan Laut Labuan diminta meneliti isu perkhidmatan feri yang tidak mencukupi bagi laluan Labuan-Menumbok-Labuan termasuk menyiasat jika terdapat penjualan tiket di pasaran gelap.

Masalah gangguan bekalan air, elektrik berlarutan sekat pelaburan ke Labuan - Suhaili
Isu yang membelenggu hampir dua dekad itu memburukkan lagi pemulihan ekonomi dan membebankan rakyat dalam jangka masa panjang.