KUALA LUMPUR: Sidang media khas enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dijadualkan pada Ahad terpaksa dibatalkan.
Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.
Pembatalan itu, jelas beliau, dibuat atas nasihat pihak polis.
Tambah Suhaili, satu sidang media berhubung penjelasan mengenai pendirian mereka akan diadakan di Bangunan Parlimen pada Isnin.
“Sidang media khas (hari ini) itu tidak jadi… terpaksa dibatalkan atas nasihat pihak polis.
“Satu sidang media khas (mengenai pendirian kami) akan diadakan di Parlimen, esok,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Suhaili bagaimanapun, tidak mendedahkan waktu sidang media yang dijadual diadakan di Parlimen pada Isnin.
Pada Sabtu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi berkata, enam Ahli Parlimen Bersatu termasuk beliau dan Suhaili akan mengadakan sidang media khas di satu lokasi di Bangsar pada jam 12 tengah hari Ahad.
Menurutnya, semua penjelasan mengenai pendirian mereka hanya akan dijawab dalam sidang media itu.
Sebelum ini, Bersatu menggesa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, tidak berdolak dalih untuk segera mengisytiharkan kekosongan enam kerusi Parlimen.
Bersatu diwakili Naib Presidennya yang juga Ketua Whip di Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, pada Khamis lalu mengemukakan notis kepada Johari meminta supaya enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyatnya dikosongkan.
Selain Suhaili dan Zulkafperi, empat Ahli Parlimen lain ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Astro Awani
Sun Jun 30 2024

Suhaili mengesahkan sidang media khas enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dijadualkan pada Ahad terpaksa dibatalkan. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sokong PM atau sebaliknya, beberapa Ahli Parlimen UMNO buat sidang media 11.30 pagi ini
Kumpulan Ahli Parlimen UMNO ini dikatakan cenderung untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sidang media khas MB Selangor mengenai perincian PKP petang ini
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijangka mengadakan satu sidang media khas mengenai perkara itu petang ini.

PKPB di beberapa negeri ditamatkan, ini lima tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan
Ini lima perkara dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri pada Jumaat.

COVID-19: 23 kes baharu, 13 kes jangkitan di Sabah - Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 23 kes baharu positif COVID-19 sehingga 12 tengah hari Selasa.

COVID-19: 14 kes positif baharu, 1 kematian pada Selasa - Dr Noor Hisham
Sebanyak 14 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan pada Selasa membabitkan sembilan kes penularan dalam negara dan lima import.

Pelajar B40 pulang dari luar negara dikecualikan bayar kos kuarantin - Ismail Sabri
Pelajar yang pulang dari luar negara tetapi tidak mampu membayar kos kuarantin wajib serta berasal daripada keluarga B40 akan dikecualikan daripada membayar kos tersebut.

BRN setuju sertai proses dialog damai dengan kerajaan Thailand
Kumpulan pemisah Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) bersetuju untuk menyertai proses dialog damai bersama kerajaan Thailand bagi menyelesaikan konflik ketegangan di selatan negara itu.

Rombakan kabinet bukan tindakan yang mampu pulihkan kedudukan kerajaan - PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan tindakan merombak kabinet bukan satu perkara yang mudah sebaliknya perlu dibuat secara berhati-hati.