KUALA LUMPUR:Penyebaran surat palsu mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, disifatkan sangat melampau dan berniat jahat.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, berkata surat berkenaan mungkin disebarkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan untuk merosakkan imej Presiden UMNO.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Pejabat Presiden UMNO tidak pernah mengeluarkan surat yang tular di media sosial mengenai sokongan kepada salah seorang pemimpin parti pembangkang sebagai Perdana Menteri kesembilan.
“Saya dan pegawai pejabat Presiden yang selalu bertanggungjawab menyediakan segala surat-menyurat dan juga ‘letter head’ tidak pernah dikeluarkan (mengeluarkan surat) tanpa nombor rujukan,” ujar beliau menerusi satu kenyataan media yang tidak menyebut nama Anwar di sini, hari ini.
Terdahulu tular surat surat bertarikh 11 Oktober, 2020, yang didakwa dihantar Ahmad Zahid sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong, mengenai sokongan beliau dan ahli-ahli Parlimen UMNO kepada Anwar untuk membentuk kerajaan baharu.
Selain nama dan tandatangan Ahmad Zahid sebagai pengutus, surat tersebut turut dilihat mempunyai tandatangan ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai saksi akuan berkenaan.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam ciapannya berkata, parti masih berpegang teguh kepada keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi sebelum ini, iaitu mengukuhkan Barisan Nasional, memantapkan Muafakat Nasional, dan tiada DAP dalam kerjasama politik.
"Saya selaku Setiausaha Agung UMNO juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tetap berpegang teguh kepada pendirian keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum ini iaitu - Kukuhkan #BN, Mantapkan #MN, dan Tiada DAP.
"Tiada hubungan dengan pimpinan yang bersepakat dengan DAP seperti Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya lagi.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai surat itu.
Beliau ketika dihubungi Astro AWANI berkata, perkara itu mungkin hanya satu andaian atau spekulasi pihak tertentu.
Pada 23 September lepas, Anwar dalam satu sidang media khas mendakwa beliau mempunyai bilangan sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Susulan kenyataan itu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Pengerusi Pakatan Harapan itu.
“Saya dimaklumkan ramai ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN yang telah menyatakan sokongan. Saya menghormati pendirian ahli-ahli Parlimen berkenaan," ujarnya lagi.
BACA: UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimennya mahu sokong Anwar - Ahmad Zahid
Dalam pada itu, dua Ahli Parlimen UMNO bertegas mengatakan mereka tidak akan menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri yang baharu.
"Jika surat tersebut benar, saya mahu menyatakan secara tegas bahawa Presiden parti saya tidak memaklumkan kepada saya.
"Saya tidak menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Rembau, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam entri di laman Instagramnya.
Ahli Parlimen Sembrong, yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam ciapan di Twitternya berkata, beliau sama sekali tidak akan menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri.
Firdaus Azil
Sat Oct 17 2020

Surat berkenaan dikatakan mungkin disebarkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan untuk merosakkan imej Presiden UMNO. -Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.