JOHOR BAHRU: Satu sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bagi menurunkan had umur calon Ahli Dewan Undangan Negeri dari 21 tahun kepada 18 tahun, dijangka diadakan pada minggu pertama bulan depan.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata sidang khas berkenaan selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 [Akta A1603].
"Selain daripada bersetuju meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor, kita juga menerima hakikat bahawa dengan kemasukan automatik pengundi 18 ini, maka jumlah pengundi akan bertambah dan kita kena kaji impak penambahan ini kepada kawasan yang ramai pengundi.
"DUN Johor telah bersetuju, satu jawatankuasa akan dibentuk yang dianggotai wakil semua parti supaya dapat berbincang bagi merangka atau membangun cadangan iaitu wakil rakyat yang mempunyai pengundi ramai ini kena ada peruntukan tambahan atau bagaimana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Johor Pay dan Sistem Pemantauan Projek Negeri, di sini pada Khamis.
Ini termasuk mengkaji keperluan dan kebarangkalian persempadanan semula bagi memastikan perkhidmatan wakil rakyat tidak terjejas, katanya.
Hasni berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendekatan kerajaan negeri setelah pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas diwartakan bermula semalam dan berkuat kuasa pada 15 Dis ini.
Pada 24 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-137 bahawa semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.
Sementara itu, mengenai kesan varian baru COVID-19 iaitu Omicron terhadap Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura, Hasni berkata kedua-dua kerajaan sedang meneliti dan mengikuti perkembangan varian itu secara dekat.
Buat masa ini, katanya prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada akan diteruskan.
"Setakat ini, tidak ada gambaran bahawa VTL darat akan ditutup semula atau sebagainya tetapi (mungkin) SOP lebih sesuai akan diperkenalkan tetapi setakat ini (VTL) berjalan seperti biasa dan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
Hasni berkata, sidang khas berkenaan selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 [Akta A1603].
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Sidang Khas DUN Johor dijangka minggu pertama Januari 2022
Satu sidang khas DUN Johor untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bagi menurunkan had umur calon ADUN dari 21 tahun kepada 18 tahun, dijangka diadakan minggu pertama bulan depan.