Pengalaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sejak 1999 di Selangor dijadikan asas kukuh namanya dicadangkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
Itu hasil pertemuan di antara Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan semua ADUN, Ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Cabang Negeri Selangor di Ibu Pejabat PKR pada malam Jumaat.
Menurut sumber, pertemuan itu sekali gus menyelesaikan teka-teki siapa pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan tiada pilihan lain selain melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
"MPN Selangor yang diketuai ADUN Batu Caves yang juga Setiausaha MPN Selangor, Amirudin Shari mencadangkan nama Azmin sebagai MB yang baru berdasarkan pengalaman Azmin sebagai ADUN Selangor paling senior sejak 1999.
"Tambahan, pengalaman Azmin dalam Kerajaan dan sebagai pembangkang serta kesetiaannya yang teruji dalam perjuangan diyakini dapat menguruskan pentadbiran Negeri Selangor dengan efektif dan memperkukuh kedudukan Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor," katanya.
Jelasnya, cadangan MPN Selangor kepada Anwar dilihat menjawab spekulasi bakal MB baru bagi menggantikan Abdul Khalid.
Dalam pada itu, sumber memberitahu, isu penerimaan PAS dan DAP terhadap Azmin bagaimanapun tidak dibangkitkan malam tadi selepas mereka bersetuju nama Azmin untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Pada Isnin, teka-teki status Azmin untuk 'naik' menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu hampir terjawab selepas PAS dan DAP memberi persetujuan terhadap perlantikannya dalam satu pertemuan tertutup PR.
Bagaimanapun pada Rabu, Abdul Khalid bertegas tidak mahu jawatannya diganggu-gugat sesiapa dan mahu kekal sehingga akhir penggal pentadbirannya.
Ketika ditanya terhadap kecenderungan Anwar sebelum ini yang mahu meletakkan isterinya sekali gus Presiden PKR dan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid, ini katanya;
"Masih nampak kecenderungan itu namun keputusan MPN harus dilihat sebagai hasil kolektif yang bersetuju dengan pilihan kepada Azmin.
"Jika Azizah, Anwar mungkin berhadapan sedikit tekanan meletakkan hanya dari rantaian ahli keluarga menjadi pemimpin parti selain MB Selangor sendiri."
Sebelum ini, Abdul Khalid menyatakan tidak akan bimbang apa-apa jika adanya usul undi tidak percaya daripada ADUN PR sendiri untuk 'menjatuhkannya'.
Abdul Khalid juga dikatakan akan melepaskan jawatannya selepas hari raya atau selewat-lewatnya September depan.
Ia dikatakan usaha susulan pihak tertentu yang mahu menjatuhkan Abdul Khalid selepas kegagalan strategi 'langkah Kajang' sebelum ini.
Wan Syamsul Amly
Sat Jul 19 2014

Pengalaman Azmin Ali (kiri) jadi asas kukuh untuk dicadang sebagai MB Selangor baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim (kanan). -gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.

Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi
Sultan Selangor berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid di Makan Diraja Shah Alam.

Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.

Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim
Sesi ziarah dan penghormatan terakhir dibuka kepada orang ramai hingga jam 1 tengah hari ini.

Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.

Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP
Allahyarham juga dikenang sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas pembangkang menewaskan BN Selangor buat pertama kali pada 2008.

Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan memberi peluang kepada rakyat Selangor beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.

Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).