MELAKA: Ketua Menteri Melaka yang baharu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan barisan exco kerajaan negeri yang akan dibentuk, sebagai 'cantik dan menarik'.
Beliau berkata walaupun pembentukan kerajaan negeri itu tidak sama seperti di Perak dan Pahang selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, namun dengan barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.
"Kita akan memberikan kesamarataan dalam pembentukan ini...Insya-Allah nanti saya beritahu (barisan Exco), tapi ia amat cantik dan menarik," katanya kepada pemberita selepas meninjau bazar Ramadan di Klebang di sini pada Sabtu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu sebelum ini dilapor berkata, beliau membayangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PH akan menyertai kerajaan negeri, sekali gus memastikan barisan Exco yang akan dibentuk lebih inklusif dan mencerminkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.
Ditanya bila barisan Exco akan diumumkan, ADUN Tanjung Bidara itu berkata ia akan diumumkan selepas mendapat persetujuan daripada Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Takpelah kita tunggulah...kalau lewat sikit pun masih ada masa kecederaan. 48 jam itu saya cakap saya dah bentuk (barisan Exco) tapi saya tak umum lagi (senarai)," katanya.
Mengulas mengenai tindakan bekas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis yang mahu UMNO mengambil tindakan terhadap kritikan terbukanya susulan pertukaran Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf berkata ia bukan masa untuk bergaduh sesama sendiri.
"Zaman sekarang kita nak mengolah negeri Melaka ke arah lebih baik, bukan nak tunjuk kita bergaduh sesama kita. Kita tak boleh jadi hero dalam mana-mana isu.
"Sebenarnya yang kita nak bawa dalam apa juga pembentukan yang baharu ini, kita nak bawa rakyat ini lebih baik lagi, negeri ini lebih makmur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Menurut Ab Rauf, barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan. - Foto fail/Astro AWANI

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.

Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.

Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.