Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menyertai parti DAP.
Pengumuman dibuat dalam satu sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) , Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang di kediaman Zaid di Petaling Jaya.
"Saya ingin mengumumkan bahawa hari ini saya telah menyertai DAP. Saya telah bergiat lama dalam politik dengan satu prinsip yang tidak pernah berubah.
"Pemimpin mesti ikhlas dan bertanggungjawab dan berlaku adil. Jadi saya percaya DAP akan membantu dalam merealisasikan matlamat ini," katanya dalam sidang media di kediamannya di Tropicana Golf Resort di sini hari ini.
Menurut Zaid, beliau tidak berhasrat untuk mendapatkan apa-apa jawatan dalam DAP.
Sebaliknya, beliau hanya mahu menjadi ahli biasa.
"Saya tidak berhasrat nak ada jawatan dalam parti DAP tetapi saya hanya nak menyumbang pada parti. Saya nak, cukup saya cerita pada cucu yang saya berjaya lepaskan negara dari cengkaman mereka yang rakus," ujar beliau.
Tegasnya, keputusan untuk menyertai DAP adalah atas kerelaannya sendiri dan bukan atas permintaan mana-mana pihak.
Beliau pada masa sama yakin akan dapat menarik sokongan orang Melayu menyertai parti itu.
"Saya tahu, sebahagian orang Melayu tidak boleh langsung mendengar nama DAP. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bekerja keras bersama-sama Pas untuk memupuk perasaan benci dan takut kepada parti ini di kalangan pengundi dan masyarakat Melayu.
"Tidak cukup untuk orang Melayu menyelamatkan diri mereka daripada cabaran semasa dalam dunia moden hanya dengan bercakap setiap masa tentang pahala ,dosa , halal ,haram dan poligami," jelasnya.
Pada 2009, Zaid menyertai PKR dan bertanding di Hulu Selangor pada PRK 2010, namun kalah kepada calon Barisan Nasional (BN), P.Kamalanathan.
Beliau kemudian bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, namun menarik diri pada saat-saat akhir dan bertindak keluar parti.
Sebelum menyertai PKR, Zaid merupakan ahli UMNO dan pernah menjadi ahli parlimen Kota Bharu penggal 2004-2008.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 namun mengambil keputusan meletak jawatan beberapa bulan kemudian.
Pada 2010, beliau menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan kemudian meletak jawatan sebagai pemimpin parti itu.
Rahimah Abdullah
Tue Feb 07 2017
Keputusan untuk menyertai DAP adalah atas kerelaannya sendiri dan bukan atas permintaan mana-mana pihak. - Gambar fail
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.
PRK Mahkota: PH giat kempen tingkat kesedaran pengundi tunai kewajipan
Terdapat segelintir kecil penduduk tidak sedar PRK sedang berlangsung, menyebabkan jentera mereka membantu pengundi membuat semakan pusat mengundi.
Steven Sim, Lim Hui Ying antara 32 calon jawatankuasa DAP Pulau Pinang
Seramai 32 individu akan bertanding untuk merebut 15 jawatan ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027 pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang, 22 Sept ini.