Pilihan raya negeri Sarawak mencatatkan rekod pencapaian terbaik dalam sejarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila sepanjang proses pilihan raya sebelum ini ia tidak dicemari unsur dan pelakuan negatif.
Perkara tersebut dinyatakan Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah apabila beliau mengakui tidak ada mana-mana pilihan raya yang berlangsung di negara ini seaman yang berlangsung di Sarawak.
"Ya, di Sarawak, tiada (pilihan raya di tempat lain) boleh memecahkan rekod mereka (Sarawak) lagi. Pilihan raya di Sarawak terutama di Balingian, penuh dengan kemesraan, solidariti, kekeluargaan, tiada maki hamun dan tiada caci mencaci.
"Rekod itu tiada lagi (mana-mana kawasan) boleh pecahkan rekod Sarawak. Saya harap Sarawak jangan bagi sesiapa pecahkan rekod (tersebut) tapi jangan pula pecahkan rekod sendiri," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Justeru, beliau berharap calon, pemimpin parti politik serta semua calon dapat berkempen secara profesional, aman dan harmoni tanpa mencetuskan sebarang provokasi mahupun unsur negatif yang akan mengeruhkan suasana kempen.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 menyaksikan 82 kerusi ditandingkan di mana sehingga petang semalam, sejumlah 971 borang pencalonan telah dijual oleh SPR.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Apr 23 2016

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah (kiri) ketika sidang akhbar menjelang penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN11) di Bangunan Sultan Iskandar, hari ini. - Foto Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Peguam Azhar Azizan dilantik Pengerusi SPR - KSN
Pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Tempoh perkhidmatan pengerusi SPR dipendekkan
Tempoh perkhidmatan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipendekkan berkuat kuasa 1 Julai ini.

Pengerusi SPR nafi hadir ke rumah bekas PM, lempar kata kesat
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menafikan beliau telah hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengeluarkan kenyataan kesat.

Lima negeri bentuk kerajaan negeri
Hashim berkata Barisan Nasional (BN) mendapat mandat semula untuk membentuk kerajaan negeri di Perlis dan Pahang.

8,253 pusat mengundi ditutup tepat 5 petang - Pengerusi SPR
Kesemua 8,253 pusat mengundi seluruh negara ditutup tepat pada 5 petang ini, sebagaimana diwartakan mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Tepat pukul 5 petang ditutup, tiada lanjutan! - SPR
Tiada lanjutan tempoh pengundian walaupun barisan beratur panjang.

SPR akan siasat aduan undi pos tidak sampai
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara ini dan memandang serius terhadapnya.

Jangan percaya mesej palsu di media sosial - SPR
Penyebaran pelbagai mesej palsu berbentuk video, teks dan gambar di media sosial kini semakin rancak menjelang hari pengundian PRU14.

Pemerhati antarabangsa pantau PRU14 tiba di Malaysia
Kumpulan pertama pemerhati dari Maldives yang diketuai Pengerusi Election Commission of Maldives Ahmed Shareef, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada 7.20 pagi tadi.

Bolehkah salinan laporan kehilangan MyKad diguna untuk mengundi?
Para pengundi yang kehilangan kad pengenalan masih boleh mengundi dengan membawa salinan laporan kehilangan kad pengenalan bergambar sebagai bukti pengenalan diri.