Ringkasan AI
- SanDisk memperkenalkan logo baharu dengan rekaan futuristik sebagai persediaan untuk pemisahan dari Western Digital.
- Logo baru ini menampilkan dua huruf 'S' yang dipotong di bahagian bawah, memberikan penampilan yang unik dan sedikit aneh.
- SanDisk akan mula menggunakan penjenamaan baharu ini pada awal 2025 setelah pemisahan rasmi dari Western Digital.
Ada yang kelihatan cantik, dan ada juga yang mungkin tidak perlu dikatakan apa-apa.
SanDisk, syarikat pembuat storan flash di bawah Western Digital, akan dipisahkan daripada syarikat tersebut dan memfokuskan kepada pengeluaran storan flash sahaja.
Bersempena dengan ini, syarikat tersebut telah mengemas kini logo mereka untuk memperlihatkan rekaan yang lebih futuristik.
Logo terbaharu ini dilihat sedikit aneh, khususnya apabila dua huruf ‘S’ dipotong di bahagian bawah.
SanDisk dijangka menggunakan penjenamaan baharu ini bermula awal 2025 apabila pemisahan mereka daripada Western Digital berlaku secara rasmi. -Amanz