Ringkasan AI
- Tahun ini, semakin banyak pengeluar peranti menawarkan aplikasi album gambar dengan ciri carian AI, mengambil inspirasi dari Google Photos.
- Google Photos akan menyokong ciri suntingan pantas yang dinamakan Quick Edit, yang membolehkan pengguna melakukan suntingan AI Enhanced dan memangkas gambar sebelum dikongsi ke media sosial atau platform lain. Ciri ini terhad kepada peranti Pixel melalui Google Photos versi 7.10.0.
- Walaupun ciri ini belum diaktifkan pada Pixel 9 Pro XL, ia dijangka menjadi ciri berguna untuk berkongsi imej yang lebih sempurna.
Tecno, Infinix, Nothing, Apple dan ramai lagi mula menyokongnya yang mana masing-masing jelas sekali mengambil Google Photos sebagai inspirasi.
Terbaharu dari Google sendiri, aplikasi Photos kelak akan menyokong ciri suntingan pantas.
Ciri ini dinamakan sebagai Quick Edit dan ia boleh diakses sebaik sahaja satu gambar dipilih untuk dikongsi ke media sosial atau platform lain.
Ia menawarkan suntingan AI Enhanced dan turut membenarkan pengguna memangkas gambar. Ciri ini dikatakan terhad kepada peranti Pixel melalui Google Photos versi 7.10.0.
Namun dalam semakan saya pada Pixel 9 Pro XL, ia masih belum diaktifkan. Ini adalah satu ciri berguna untuk kongsi imej lebih sempurna kepada sesiapa atau di mana-mana. -Amanz