Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan khabar angin parti itu akan berpecah dua dengan satu kumpulan bergabung bersama pembangkang, khususnya UMNO.
"Idea untuk bergabung dengan UMNO tidak timbul sama sekali dan tohmahan bahawa PKR akan berpecah kepada dua, tiga, empat ini telah dihadapi seawal kita tubuhkan parti 20 tahun dulu," katanya kepada pemberita di sini.
Terdahulu, Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu.
Mengulas lanjut, beliau menganggap 'cerita' perpecahan PKR itu berpunca daripada keanggotaan parti sendiri yang merangkumi kelompok badan bukan kerajaan, bekas anggota UMNO, aktivis dan pemimpin masyarakat.
Perbezaan dan kelompok inilah yang sebenarnya menjadi kekuatan PKR, katanya.
Pada masa sama beliau membidas tindakan segelintir pihak yang menyifatkan pertandingan merebut jawatan dalam parti sebagai punca perpecahan PKR.
"Kalau pihak yang menawarkan diri bertanding merebut jawatan dalam parti dilihat sebagai punca perpecahan, pilihan lain apa yang ada," katanya, menambah pemilihan parti adalah satu proses biasa dalam amalan demokrasi.
Yang penting katanya setiap yang bertanding menjaga adab dan tertib.
Sebelum ini, tular satu mesej menyatakan PKR akan berpecah dua dengan satu kumpulan bersama UMNO menubuhkan Barisan Harapan Malaysia yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala satu lagi akan menganggotai Pakatan Harapan Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 21 2018

SAIFUDDIN: Idea untuk bergabung dengan UMNO tidak timbul sama sekali. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Aktivis pro-Palestin di New York desak gencatan senjata
Kesemua mereka melaungkan slogan pro-Palestin, sambil menuntut agar gencatan senjata dilaksanakan susulan peperangan yang berterusan di Gaza.

Ahli Kongres AS kecam kurang kebertanggungjawaban terhadap pembunuhan aktivis di Tebing Barat
Aysenur Ezgi Eygi dibunuh tentera Israel pada 6 Sept semasa menyertai protes aman terhadap penempatan haram Israel berhampiran Nablus di Tebing Barat yang diduduki.

Aktivis berusaha tamatkan pembiayaan awam penternakan "kejam" sotong kurita
Sotong kurita dikatakan tertakluk kepada penternakan yang "kejam dan tidak mampan", menurut Compassion in World Farming (CIWF).

India digesa hentikan eksport senjata ke Israel
Kumpulan masyarakat sivil mendakwa beberapa syarikat tempatan diberi permit untuk mengeksport senjata, dron dan bahan letupan ke Israel.

14 aktivis Hong Kong disabitkan kesalahan bawah undang-undang keselamatan negara
Empat belas tokoh pembangkang Hong Kong pada Khamis telah disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan South China Morning Post.

20 aktivis sertai misi bebaskan Palestin
Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dijangka berlepas dari Istanbul, Turkiye pada hujung bulan ini.

Aktivis alam sekitar halang lalu lintas sekitar Berlin
Pada pagi Isnin, polis melaporkan lalu lintas semasa waktu puncak terganggu di 21 lokasi berbeza, dan perkhidmatan bas turut terkesan.

Tahanan mogok lapar di Thailand digegas ke hospital akibat masalah kesihatan
Dia digegaskan ke hospital pada hari ke-16 melakukan aksi protes, selepas mengetahui dia ditahan tanpa boleh diikat jamin.

Aktivis berbaju penguin protes penggunaan jet peribadi di pulau percutian
Seramai 15 orang terlibat dalam bantahan itu, dengan sebahagian daripada mereka masuk ke premis lapangan terbang.

Suami Natalie Portman curang dengan aktivis usia 25 tahun
Rumah tangga aktres berprolifik dan cantik, Natalie Portman dengan suaminya, Benjamin Millepied sedang dilanda badai.