Abdul Hadi berjaya meraih 73,115 undi sekali gus menepis cabaran tiga lagi pencabarnya dari Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), dan Parti Pejuang Tanah Air (GTA-Pejuang).
BN yang diwakili Jasmira Othman hanya memperoleh 31,386 undi, manakala calon PH, Azhar Abdul Shukur meraih 4,140 undi diikuti Dr Zarawi Sulong (GTA-Pejuang) dengan 427 undi.
Kemenangan Timbalan Pengerusi PN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya Parlimen Marang Lizan Che Mat di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Majlis Daerah Marang.
Pada PRU14 lalu, Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 21,954 undi.