PERMATANG PAUH: Selepas 40 tahun, Pas merampas kembali Parlimen Permatang Pauh, yang menjadi kerusi legasi 'keluarga Anwar' sejak 1982.
Pastinya, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini mencipta sejarah baharu apabila kawasan Parlimen P044 yang dilihat sebagai kubu kuat PKR sejak 1999, kini tumbang ke tangan Pas.
Meskipun Permatang Pauh dikatakan 'tembok kuat utara' susulan jaringan baik yang dibina Anwar, namun anak sulung beliau Nurul Izzah juga tidak kurang hebatnya,
Beliau sudahpun membina jenamanya sendiri dalam arena politik sejak berusia 28 tahun ketika dia pertama kali bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai menentang bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, menang dengan majoriti 2,895 undi.
Sama seperti mendiang Tun S. Samy Vellu, Nurul Izzah yang dianggap sebagai 'Puteri Reformasi' susulan ketokohan beliau, tewas pada sambutan hari lahirnya.
Semalam, penyandang kerusi Parlimen pada PRU14 itu, menyambut hari lahirnya yang ke-42.
Nurul Izzah, yang mewakili Pakatan Harapan (PH) tewas kepada calon PN-Pas, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi. Muhammad Fawwaz memperoleh 37,638 undi sementara Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, mendapat 32,366 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (16,971 undi) dan Mohd Nasir Othman (Pejuang-Putra) meraih 473 undi.
Jumlah undi adalah sebanyak 87,448 undi dengan peratusan keluar mengundi ialah 82.3 peratus.
Pada pilihan raya umum 1982, Anwar, bertanding atas tiket BN, merampas kerusi itu daripada Pas apabila mengalahkan Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi.
Anwar menyandang kerusi berkenaan sehingga 1999 ketika beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, selain menjalani hukuman penjara selepas berdepan dengan dakwaan rasuah dan liwat.
Dr Wan Azizah bertanding di kerusi Parlimen berkenaan dan menang pada 1999 (PRU10) dan menyandang kerusi berkenaan sehingga 2008.
Pada 31 Julai 2008, beliau mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas dibebaskan dari penjara.
Anwar mengekalkan kerusi itu pada 2013, namun statusnya sebagai Ahli Parlimen ditarik balik susulan sabitannya dalam kes liwat, pada 2015.
Dr Wan Azizah kemudian kembali mengambil alih kerusi terbabit dalam PRK selepas itu dan menyandangnya sehingga PRU14 sebelum Nurul Izzah mempertahankan kerusi itu apabila menewaskan Mohd Zaidi (BN-UMNO) dengan majoriti 15,668 undi.
Umavathi Ramayah
Sun Nov 20 2022

Nirul Izzah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh. - Foto fail/Instagram/@n_izzah

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Anwar mahu tawan semula Permatang Pauh
Anwar berkata Permatang Pauh tetap menjadi kubu kuat gerakan reformasi negara ini dan beliau akan terus membela nasib rakyat walaupun kawasan Parlimen itu kini milik pembangkang.

PRU15: Ahli Parlimen Permatang Pauh nafi anjur program isi minyak percuma
Muhammad Fawwaz berkata tiada sebarang arahan mahupun jadual dibuat berhubung acara yang dikhabarkan akan diadakan di tiga buah stesen minyak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, pada Isnin.

PRU15: Nurul Izzah terima kekalahan dengan hati terbuka, janji akan kembali
"Inilah demokrasi yang sentiasa kita pertahankan dalam mana-mana pilihan raya."

PRU15: Tumbangnya 'legasi Anwar' di Permatang Pauh, Nurul Izzah tewas pada hari jadi
Selepas 40 tahun, Pas merampas kembali Parlimen Permatang Pauh, yang menjadi kerusi legasi 'keluarga Anwar' sejak 1982.

PRU15: Anwar selesai mengundi di Permatang Pauh
Sejurus menunaikan tanggungjawab, calon Parlimen Tambun itu mengambil peluang beramah mesra dengan pengundi.

PRU15: Isu kekecohan, calon BN Permatang Pauh sedia bekerjasama dengan polis
Isnin lalu, penganjur tapak pasar malam Penanti bertindak menghentikan ceramah yang dilakukan Mohd Zaidi di laluan masuk pasar terbabit.

PRU15: Misi berbeza Zaidi, Nurul Izzah untuk tawan Permatang Pauh
Mohd Zaidi ikrar tangani isu pembangunan manakala Nurul Izzah pula mahu terus berkhidmat kepada pengundi di Permatang Pauh.

PRU15: 'Lembah Pantai cinta pertama saya, Permatang Pauh cinta abadi saya' - Nurul Izzah
"Kalau Lembah Pantai cinta pertama saya, Permatang Pauh cinta abadi saya" kata penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

PRU15: Nurul Izzah harap tidak digugur jadi calon, kekal di Permatang Pauh
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berharap kekal bertanding mempertahankan kerusi disandangnya di Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).