BAYAN BARU: "Kalau Lembah Pantai cinta pertama saya, Permatang Pauh cinta abadi saya" kata penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Anak sulung kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilihat hampir pasti akan kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi Permatang Pauh yang dipegangnya sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
"Sesiapa sahaja boleh bertanding (di Permatang Pauh), kita meletakkan merit pada rakyat, rakyat yang pilih.
"Bagi saya mana-mana kemenangan sekalipun, kita hanya boleh meletakkan rakyat sebagai hakim, pada saya mendasari kemenangan adalah rakyat," katanya ketika ditemui Astro AWANI selepas Majlis Makan Malam PKR Pulau Pinang, di sini malam Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan kemenangan Nurul Izzah di Permatang Pauh adalah berdasarkan merit atau legasi yang dibawa keluarga Anwar.
Mengulas lanjut Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat lompat parti diluluskan adalah kerana ia memberi kuasa kepada rakyat untuk memaksa pemimpin untuk menghormati mandat yang diberi rakyat.
Terdahulu, Anwar berkata, anaknya, Nurul Izzah kemungkinan besar kekal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15.
BACA: PRU15: Anwar beri bayangan Nurul Izzah kekal bertanding di Permatang Pauh
Mengulas spekulasi bahawa Nurul Izzah akan berpindah bertanding di Parlimen Ampang dan kerusi Permatang Pauh disandangnya bakal ditandingi Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, Anwar dalam nada berseloroh, berkata cadangan itu boleh dipertimbangkan.
Umavathi Ramayah
Sun Oct 23 2022

Nurul Izzah Anwar kemungkinan besar kekal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15. - Foto Instagram/@n_izzah

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kerangka Ekonomi Madani: Masih banyak penambahbaikan perlu dilakukan - Polity
Masih banyak penambahbaikan yang digariskan dalam kerangka Ekonomi Madani termasuk usaha bantuan asas rakyat serta meningkatkan kekayaan dan kesejahteraan negara perlu dilakukan.

Pastikan DUN Mahkota dapat wakil rakyat mampu berkhidmat - Nurul Izzah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu memastikan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mendapat seorang wakil rakyat yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri
PKR menyahut keputusan PRK Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.

Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.

Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI perkenalkan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI adalah titik tolak penting untuk memperkenal Kerajaan Perpaduan dan semua jentera agensi kerajaan untuk dikenali sebaiknya oleh rakyat.

Kekal kemenangan pada PRU akan datang, agenda dapat terus dilaksana - Nurul Izzah
Katanya, kemenangan itu harus bermula dengan Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka diadakan tahun depan.

'Peratus keluar mengundi PRN rendah boleh dielak jika disekali dengan PRU15'
Nurul Izzah mengakui hakikat Pas telah berjaya menusuk kalbu anak-anak muda.

Nepostisme: Prinsip PM terhakis selepas tidur sebantal dengan UMNO dan BN? - Wan Saiful
Amalan nepotisme pernah ditentang Anwar Ibrahim dan rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sebelum ini.

Hassan Marican pelawa Nurul Izzah ketuai Sekretariat Badan Penasihat Menteri Kewangan
Nurul Izzah Anwar dipelawa untuk mengetuai bersama sebuah sekretariat bagi menyokong Badan Penasihat Khas kepada Menteri Kewangan.