KUALA LUMPUR: Selepas meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya malam tadi, PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata masih banyak lagi yang harus diperhalusi dan sambutan ulang tahun ke-25 parti itu hari ini menjadi platform untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.
"Saya gembira kita mempunyai venue ini untuk merapatkan jurang antara ahli parti dan kepimpinan yang juga adalah sebahagian daripada kerajaan negeri dan persekutuan.
"Ia adalah satu usaha ke arah sasaran tersebut (dekati orang muda) dan saya fikir itulah antara misi utama kita. Saya berharap pimpinan parti atau orang muda di luar sana juga dijemput untuk bersama memperkukuhkan lagi langkah-langkah ke hadapan dalam menghasilkan dasar dan program yang cakna dengan keperluan rakyat," katanya kepada Bernama pada Sambutan Ulang Tahun PKR ke-25 di Depot Sentul, di sini, malam tadi.
Seorang lagi Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun pula menyifatkan sambutan tersebut menjadi wadah buat semua reformis yang bersama parti itu baik yang lama mahupun baharu dalam perjuangannya.
"Ini sesuatu yang dinantikan semua, sudah 25 tahun kita dalam perjuangan ini, ia bukanlah mudah, kita laluinya dengan pelbagai onak dan duri sepanjang tempoh tersebut.
"Sepanjang perjalanan ini juga, ada yang lebih awal keluar parti tetapi ada juga yang tidak jemu dan terus setia dengan parti sejak 25 tahun lalu... jadi sambutan ini juga sebagai pengiktirafan buat mereka... Kami juga tidak lupa kepada pejuang lama yang ketika ini telah berada di tempat lain namun perjuangan dan jasa mereka masih dikenang walaupun kita kini sudah berlainan," katanya.
Beliau juga berharap kesetiaan dalam parti menjadi pegangan semua ahli dan perjuangan demi kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan.
Hampir 10,000 orang hadir memeriahkan Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul di sini yang berlangsung sejak pagi Sabtu.
Terdapat dua sesi diadakan hari ini iaitu 'Pop Up Market' pada sebelah pagi dan kehadiran kepimpinan tertinggi temasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Presiden PKR, pada sebelah malam.
Majlis hari ini adalah acara kemuncak bagi meraikan ulang tahun ke-25 PKR selepas Konvensyen Khas parti itu berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, Selangor pada 21 April lepas. - BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Selepas meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya malam tadi, PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda. - Gambar Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.

PKR selar kenyataan Rafidah berkaitan usaha kerajaan bantu rakyat Palestin
Amidi berkata, dalam edisi terbaharu perang Hamas-Israel, rejim Zionis serang semua kemudahan awam termasuk masjid, sekolah dan hospital.

Pengurangan bayaran bon Zuraida: PKR fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan
PKR memfailkan permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon Datuk Zuraida Kamaruddin.

'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.

UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.

Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.

Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR

PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.

Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.