PUTRAJAYA: Gabungan Kerajaan Perpaduan perlu mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi memastikan agenda dirancang demi kebaikan rakyat dapat terus dilaksanakan, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Beliau berkata kemenangan itu harus bermula dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan tahun depan.
"Kemenangan pertama kita dirampas melalui langkah Sheraton (pada 2020) dan kemenangan kali ini (penubuhan Kerajaan Penubuhan) dicapai melalui gabungan.
"Jadi kita tidak boleh meneruskan agenda kita kalau tidak kekal kemenangan pada pilihan raya akan datang termasuk bermula dengan (PRN) Sabah," katanya ketika sesi penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.
Nurul Izzah yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berkata anggota PKR juga harus mengelak daripada budaya fitnah bukan sahaja dari luar malah dalam parti kerana ia boleh 'membunuh' kejayaan parti walau sekecil mana pun, sekali gus 'membakar' usaha perjuangan mereka selama ini.
"Kalau kita boleh husnuzon (berbaik sangka) dengan parti lawan, takkan kita tak boleh husnuzon sesama sendiri," katanya.
Nurul Izzah memberitahu perjuangan PKR sejak 25 tahun lepas adalah selari dengan ajaran Islam yang memperjuangkan rakyat dan menolak kezaliman.
Sementara itu, Naib Presiden PKR yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad mengingatkan kepimpinan dan jentera PKR agar tidak putus asa untuk memenangi hati pengundi di Pantai Timur pada pilihan raya akan datang.
Beliau berkata keputusan PRN di enam negeri pada Ogos lepas tidak wajar dijadikan alasan meminggirkan pengundi di negeri-negeri Pantai Timur.
"Saya mohon untuk kita fikir jangka panjang memang kita belum menang di sana tetapi jangan ada pimpinan yang berputus asa dan memandang rendah kepada masyarakat di Pantai Timur," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi MPN Kelantan dan Terengganu (MPN) berkata suatu ketika dulu pimpinan juga hadapi kesukaran dalam memenangi pengundi di Selangor, Sabah dan Sarawak, namun sekarang PKR dapat menembusi negeri-negeri berkenaan.
Nik Nazmi turut menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan mampu meraih sokongan pengundi Pantai Timur sekiranya tekad menyelesaikan isu banjir yang seharusnya menjadi keutamaan.
Sementara itu, Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Perpaduaan harus tegas melaksanakan dasar dan reformasi memandangkan gabungan itu kini menjadi pentadbir, dan tidak berasa gundah-gulana terhadap kritikan.
Beliau berkata model perpaduan di Selangor dan Pahang akan terus diperkukuh kerana dalam sejarah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR merupakan pemimpin pertama yang berjaya mengumpulkan 18 parti sebagai satu gabungan.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata setiap inisiatif digariskan Kerajaan Perpaduan adalah selari dengan matlamat parti, dan antara tindakan perlu diambil adalah mengukuhkan komunikasi yang menjadi kunci membentuk perspektif positif.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023

Nurul Izzah menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR di PICC, Putrajaya, 26 Nov 2023. --fotoBERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

PBM sahkan akan bertanding pada PRN Sabah
Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.

Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Agung PH Sabah pada Ahad.

Formula Kerajaan Perpaduan jadi asas kerjasama BN-PH dalam PRN17 Sabah
Formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.

PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Parti Impian Sabah umum 52 calon bertanding PRN Sabah
Setakat ini hampir keseluruhan calon disahkan akan bertanding manakala selebihnya akan diselesaikan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.

PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.