Beliau yang tiba di pusat pengundian itu pada pukul 8.59 pagi adalah antara individu terawal yang menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Sejurus menunaikan tanggungjawab, Anwar yang juga calon Parlimen Tambun mengambil peluang beramah mesra dengan pengundi.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Penyandang kerusi berkenaan, Nurul Izzah Anwar (Pakatan Harapan) akan berdepan dengan pesaingnya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (BN), Muhammad Fawwaz Mat Jan (Perikatan Nasional) dan Mohamad Nasir Othman (GTA-Pejuang).
Nurul Izzah sebelum ini mengekalkan penguasaan PKR di Parlimen Permatang Pauh sejak 1998 apabila memenangi PRU14 dengan majoriti 15,668 undi.
Beliau memperolehi 35,534 undi mengalahkan calon BN Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang memperolehi 19,866 undi dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari Pas (14,428 undi).