Kesemua calon yang bakal berentap terdiri daripada Datuk Seri Hasni Mohammad (BN), Maszlee Malik (PH), Mohd Fazrul Kamat (PN), serta Kamal Kusmin (Pejuang).
Sebelum itu, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya, Abdul Hakim Abd Manap menamatkan proses penamaan calon secara rasmi tepat jam 10 pagi sebelum kesemua senarai calon yang bertanding diumumkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut memaklumkan penerimaan borang dari calon BN, Hasni Mohammad yang diterima pada jam 9.05 pagi bersama pihak pencadang dan penyokong.
Manakala calon PH, Maszlee Malik menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.09 pagi.
Selain itu, SPR turut menerima borang pencalonan dari Mohd Fazrul Kamat (PN) pada jam 9.13 pagi serta calon parti Pejuang Kamal Kusmin pada jam 9.25 pagi.
Proses penamaan calon bagi Parlimen Simpang Renggam kelihatan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.
Kerusi Simpang Renggam sebelum ini dimenangi Maszlee Malik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan jumlah mojoriti undi sebanyak 3,475.
Simpang Renggam merupakan antara salah satu kerusi panas di Johor apabila BN membuat keputusan meletakkan Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad untuk merampas kerusi milik bekas Menteri Pendidikan itu.
Dalam pada itu, kehadiran wajah baharu dari PN dan Pejuang juga sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengundi di kawasan itu selain kedua-dua mereka merupakan calon tempatan.