Jelasnya, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada muka baharu yang akan dicalonkan Barisan Nasional (BN) Pahang nanti.
"Cumanya di DUN Lanchang saya tidak akan mempertahan jawatan dan posisi ADUN Lanchang.
"Kita nak kali ini kita ketengahkan muka baharu di DUN Lanchang. Sekiranya begitu, DUN Mentakab dan Lanchang sudah tentu ada muka baharu untuk dipertandingkan,” jelasnya ketika ditemui Astro AWANI pada Sabtu.
Bagaimanapun ujarnya, BN Temerloh sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kepada rakyat di kawasan itu meskipun beliau tidak lagi menjadi ADUN.
"Kita memang bersedia kerana perkhidmatan kita (dijalankan) sepanjang masa... sejak kita dipilih semula dalam PRU14, sama ada ketika waktu banjir dan ribut... Apa yang rakyat kemukakan kita akan cuba membantu.
"Dari segi pencalonan itu adalah dari peringkat bahagian, tapi walau apapun saya serahkan kepada pucuk pimpinan untuk buat keputusan," katanya lagi.
Pada PRU lalu, Shakar memenangi DUN Lanchang menewaskan tiga pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abas Awang; Hasan Omar dari Pas dan calon bebas Khaidir Ahmad.