Kedua-dua bekas anggota Kabinet itu sebelum ini yang masing-masing merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menang kerusi masing-masing pada PRU14 dengan menggunakan tiket Barisan Nasional (BN).
Pengumuman oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang itu mengejutkan hadirin di Majlis Pengisytiharan Calon PN Terengganu bagi Pilihan Raya Umum (PRU15) di Marang, Terengganu.
Sebelum ini, kedua-dua mereka digugurkan dari senarai calon mewakili BN seperti yang diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
BN menamakan Rozabil Abd Rahman sebagai calon di Parlimen Arau manakala Shahniza Shamsudin bagi Parlimen Maran.
Pada PRU14, Shahidan menang di Parlimen Arau dengan majoriti 4,856 mengalahkan Datuk Dr Abd Rahman Daud (PKR) dan Hashim Jasin (Pas)
Manakala Abdul Muttalib pula menang di Parlimen Maran dengan majoriti 3,763 menewaskan Hasenan Haron (PAS) dan Ahmad Farid Ahmad Nordin (PKR).