Malah dakwanya, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, dijangkakan akan tewas di kerusi yang ditandinginya iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Arau itu mendakwa, situasi berkenaan akan berlaku kerana Azlan mengamalkan sikap 'warlord' untuk menjatuhkannya, selain menggangu sistem politik di Perlis.
"Kita yakin BN akan kalah, dia pun tersungkur di Bintong itu, atas perangai dia.
"Kerusi dia di Bintong, kita (PN) akan tewaskan dia. Saya belum pergi ke Bintong, (sedang) menunggu masa, (masih) bersabar. Kalau dia jemput saya (untuk berdialog) di Bintong saya bersedia.
"Orang macam ini patut dikalahkan sebab dia (sudah) mengganggu politik di Perlis dan dia hidup dengan cara 'warlord'. Siapa yang menentang saya, dia akan ambil bekerja dengan dia, kalau macam itu susah kehidupan... politik pun susah, lain pun susah, siapa yang maki saya pun dia ambil bekerja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Dewan Bonda, Pusat Komuniti Tambun Tulang, Arau pada Rabu.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Kerajaan Selangor setuju beri cuti umum pada 18 Nov - MB Selangor
SEMAK CALON PRU15 DI SINI!
Dalam perkembangan sama, Shahidan turut menjangkakan gabungan PN akan menang di negeri itu dalam PRU15 sekali gus membentuk kerajaan Perlis yang baharu.
"Saya tengok dari segi angka (untuk PN mentadbir Perlis), contohnya seperti di (Parlimen) Arau, kita mungkin dapat (menang) empat atau lima (kerusi DUN), saya yakin lima, kemudian Parlimen (Arau) menang satu.
"Di (dalam Parlimen) Kangar (menang) tiga kerusi DUN, dalam (Parlimen) Padang Besar (pula) tiga (kerusi DUN), (jika dicampurkan) jadi 10 kerusi kita jangka menang.
"Sebelum ini saya jadi Pengarah Pilihan Raya (BN Perlis) pun menang 10 (DUN), sekarang (walaupun di dalam PN) kita (juga) akan menang 10 (DUN," katanya.
Selain itu, beliau mengakui gembira berada dalam PN yang membawa suara penyatuan ummah yang melibatkan parti-parti Melayu seperti Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ditanya mengenai keahlian parti baharunya, Shahidan hanya memaklumkan bahawa beliau kini adalah seorang calon yang bertanding menggunakan tiket Pas yang berada dalam gabungan PN.