Saifuddin memperoleh 41,692 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Zuraidi Ismail, yang hanya meraih 33,293 undi.
Manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Quek Tai Seong hanya mendapat 16,530 undi dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mohamad Nor Sundari memperoleh 1,864 undi.
Pada PRU14 lalu, Saifuddin memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 10,950 undi menewaskan pencabarnya dari BN dan Pas.