Persoalan itu terjawab dalam Majlis Pengumuman calon Parlimen BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa malam.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya dibawah Parlimen Pekan, Datuk Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali diumumkan sebagai calon bagi kerusi berkenaan.
PRU15: Senarai calon BN diumum Zahid Hamidi
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Ia sekali gus menghentikan spekulasi mengaitkan anak bekas Presiden UMNO itu, Nooryana Najwa bakal mengantikan ayahnya di Parlimen Pekan.
Sheikh Mohmed Puzi dijangka berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Naim Zainal Abidin dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Fadhil Noor Abdul Karim.
Dalam PRU14, Najib berjaya mempertahankan kerusi disandangnya dengan majoriti 24,859 undi menewaskan tiga pencabarnya dari Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas.