KUALA LUMPUR: Kajian yang dilakukan Ilham Centre mendapati isu-isu tempatan menjadi pilihan utama pengundi dalam membuat keputusan di kotak undi pada 19 November nanti.

Sebanyak 61 peratus menganggap isu-isu tempatan perlu diutamakan berbanding 39 peratus yang menganggap isu nasional lebih penting.

Bagi segmen pengundi Melayu, 55 peratus melihat faktor isu tempatan akan menjadi penentu bagi mereka membuat keputusan, manakala 45 peratus memilih isu nasional.

Pengundi Cina pula, 52 peratus melihat isu tempatan manakala 59 peratus pengundi India melihat perkara yang sama dalam membuat keputusan nanti.

Sebanyak 48 peratus pengundi Cina dan 41 peratus pengundi India menganggap isu nasional akan mempengaruhi undi mereka.

Isu tempatan lebih dilihat oleh kelompok pengundi di Borneo, lokaliti kampung dan kawasan tanah rancangan.

Bagi Bumiputera Muslim, 84 peratus akan membuat keputusan berdasarkan isu-isu tempatan sementara 16 peratus isu nasional.

Sebanyak 85 peratus pengundi segmen Bumiputera Non Muslim menganggap isu tempatan lebih penting berbanding 15 peratus melihat isu nasional.

Di kawasan kampung, 75 peratus melihat isu tempatan perlu diutamakan manakala 25 peratus lagi akan membuat keputusan berdasarkan isu nasional.

Di kawasan tanah rancangan, 69 peratus memilih isu tempatan, 31 peratus isu nasional manakala di pinggir bandar 56 peratus isu tempatan dan 44 peratus isu nasional.

Di kawasan bandar juga pengundi lebih melihat isu tempatan lebih penting dengan 54 peratus sementara 46 peratus isu nasional.

Pengundi-pengundi baru yang berumur 18-20 tahun juga melihat isu tempatan lebih penting iaitu 64 peratus dan 36 peratus lagi menganggap isu nasional lebih penting.

Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro AWANI, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban.

Dilaksanakan oleh tiga badan penyelidik, Ilham Centre, O2 Malaysia dan Huayan Policy Institute serta Centre for Malaysian Chinese Studies.

Kaji selidik yang dilakukan oleh Ilham Centre berhubung sikap pengundi

Ini merupakan dapatan tinjauan awam oleh lima agensi media utama Astro Awani, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star & Malaysian Nanban.