Jelasnya, fokus Barisan Nasional (BN) ketika ini sebaliknya adalah untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Itu terserah kepada dia, saya tak keluarkan Kabinet Bayangan sebab tumpuan saya menang PRU15.
"Kalau kita lihat perang psikologi ini memang dijalankan oleh pembangkang kerana mereka tidak ada apa yang boleh dijual, jadi perang psikologi mengatakan mereka dah ada nombor dan kajian.
"Semalam dinafikan, syarikat survey ILHAM Centre menafikan itu bukan dapatan daripada kajian, saya dah katakan semalam survey dibuat hanya perang psikologi bukan fakta sebenar," jelasnya.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Manifesto menarik, tapi bolehkah ditunai?
BACA: Tular gambar 'Kabinet Perpaduan,' Anwar sebagai PM, tiga TPM termasuk Zahid
Tambah Ismail Sabri, BN sebaliknya terus memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung manfaat yang boleh diterima dalam Bajet 2023 yang telah dibentangkan.
"Jadi hari ini mereka menunjukkan yakin boleh menang ada Kabinet Bayangan itu perkara biasa di pembangkang.
"Bezanya kita berikan penjelasan kepada rakyat apa kita lakukan apabila menang dan berpandukan fakta sebenar dari segi Bajet 2023.
"Kita jual produk sebenar sedangkan mereka menjual produk mimpi sahaja," jelasnya.
Semalam tular di laman sosial sekeping poster menunjukkan barisan 'Kabinet Bayangan Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022 - 2027'.
Seramai 27 nama pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) antara disenaraikan dalam poster tersebut sebagai Menteri dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di antara kedua-dua gabungan tersebut.
Bagaimanapun beberapa pemimpin tampil menempelak tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu ketika kempen PRU15 berbaki beberapa hari.