SHAH ALAM: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat untuk badan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan hasrat dan ketidakpuasan hati mereka terhadap calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kuasa rakyat dan NGO akan bersama-sama menjadi pendesak kepada calon-calon yang tidak menepati cita rasa.
"Sebelum PRU15 ini, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat yang mengikut perlembagaan dan kemanusiaan, di mana semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon-calon yang tidak melakukan yang terbaik serta menipu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Nadzim juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana dan memberi perhatian kepada ciri-ciri calon yang bertanding sama ada mempunyai nilai-nilai seorang pemimpin yang berkaliber serta bertanggungjawab.
"PPIM juga menerima banyak pertanyaan daripada rakyat yang bertanyakan siapakah pemimpin yang patut mereka pilih.
"Mengikut sejarah kita, menteri menteri/ahli Parlimen kita yang lalu tidak membantu, tidak berintegriti, sombong dan menyusahkan rakyat.
"Kami membuka pintu kepada calon-calon yang mahukan sokongan kami, (mereka) wajib mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan untuk membantu rakyat serta mengharmonikan negara, sanggup ke depan dan berkorban untuk rakyat," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 27 2022

Nadzim berkata, kuasa rakyat dan NGO akan bersama-sama menjadi pendesak kepada calon-calon yang tidak menepati cita rasa. -Foto Sinar Harian

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.
Sektor angkasa: Malaysia bekerjasama, tak bersaing dengan negara jiran ASEAN
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia, sebaliknya bekerjasama dengan negara anggota mengenai kepentingan dan hala tuju sektor tersebut.
Pemukiman menteri ekonomi beri tumpuan cabaran geopolitik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini memandangkan perkara tersebut membawa cabaran besar kepada pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Serangan seksual kanak-kanak: Semua pihak diseru amal kawal selia kendiri dalam pelaporan - CMCF
Semua pihak diseru memainkan peranan dalam menguatkuasakan kawal selia kendiri berhubung kes serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).