Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria, Razman Zakaria berkata, pihaknya akan memuktamadkan perkara itu secepat mungkin bagi membolehkan kerajaan negeri dibentuk dengan segera.
Menurutnya, parti itu berjaya memenangi 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak cukup empat kerusi untuk membentuk kerajaan.
"Kita telah letakkan dengan sejelasnya tidak akan bersama Pakatan Harapan (PH), tiada Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), tiada DAP.
"Ruang yang ada sekarang adalah rakan-rakan kita yang ada di BN.
"Perbincangan akan diadakan," katanya pada sidang media di Wisma Purnama di sini pada Ahad pagi.
Tegasnya, PN akan berusaha sedaya-upaya bagi memastikan kerajaan dibentuk secepat mungkin.
Sehingga kini, keputusan rasmi saingan DUN di Perak masih belum diperolehi dengan PN dilaporkan sedang mendahului.
Difahamkan, PH mendapat 24 kerusi dan BN yang sebelum ini yakin dapat membentuk kerajaan dilaporkan hanya mendapat sembilan kerusi.