TAPAH: Gesaan individu tertentu untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada musim banjir dianggap sebagai satu 'kerja gila'.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, tindakan itu dilihat sebagai mementingkan diri tanpa memikirkan kesusahan yang dialami rakyat.
"Perkiraan 'dia' hanyalah untuk kembali ke Putrajaya. Dia tidak kisah orang nak tenggelam ke, rumah orang nak rosak ke, dia tidak kisah.
"Sepatutnya di tempat lain, kalau kita tahu bencana akan tiba, seluruh negara tumpu kepada usaha nak bantu orang.
"Itu sebab utama kita sendiri memang lantang dan saya merasakan ini kerja gila. Semua tahu banjir berlaku tiap-tiap tahun," katanya ketika berucap pada program Jelajah Ayuh Malaysia di Tapak Ekspo Bukit Baldwin di sini pada Sabtu.
Menurutnya, sekiranya diadakan pilihan raya, ia bukan sahaja menyusahkan pengundi malah kakitangan awam termasuk pasukan keselamatan yang telah melakukan persediaan banjir.
"Soalnya adalah pegawai kerajaan seperti tentera, polis, pegawai-pegawai pejabat daerah. Mereka ini yang sebenarnya bermesyuarat setiap minggu untuk persediaan banjir.
"Kalau bubar (Parlimen) masuk musim tengkujuh, segala tumpuan dan persediaan akan beralih kepada PRU kerana mereka juga yang akan mengendalikan pilihan raya.
"Mereka yang jaga keselamatan, mereka juga yang kena jaga ketua tempat mengundi dan lain-lain," katanya.
Rafizi berkata, gesaan sedemikian akan memberi persepsi negatif terhadap ahli politik.
"Sebab itu orang tidak suka dengan ahli politik kerana dia tidak fikirkan lain hanya fikirkan dirinya sahaja. Yang penting dia mahu masuk dalam kerajaan balik.
"Saya ceramah setiap malam, berkempen, jaga jentera sampai sudah tiga kali mimpi Parlimen bubar, letih," ujarnya.
Dalam pada itu, Rafizi mengesahkan PKR akan bertanding di Parlimen Tapah pada pilihan raya kali ini.
"PKR akan bertanding balik di Parlimen Tapah termasuk kerusi Ayer Kuning dan Chenderiang. Jadi buat yang terbaik supaya kita menang kali ini.
"Kalau pun tidak menang, pastikan ada perubahan dan lonjakan yang cukup baik. Perak secara keseluruhannya tunggu masa kita ambil alih sebagai kerajaan Pakatan Harapan (PH)," jelas beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 09 2022
Keadaan banjir yang melanda sebuah perkampungan di Pendang, Kedah baru-baru ini. -Gambar fail/Astro AWANI
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Pendaftaran PADU Fasa 2 dibuka selepas Kabinet luluskan - Rafizi
Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak peket - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak peket.
Rangka kerja, strategi ekonomi biru sedang dibangunkan - Rafizi
Satu rangka kerja dan strategi ekonomi biru sedang dibangunkan di peringkat Kementerian Ekonomi, yang dijangka disiapkan menjelang akhir 2025, kata Menterinya Rafizi Ramli.
Semenanjung Malaysia semakin kehabisan sumber minyak, gas
Sumber minyak dan gas di Semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Kerajaan akan pastikan peranan Pihak Berkuasa Koridor tidak bertindih - Rafizi
Kerajaan akan memastikan Pihak Berkuasa Koridor (PBK) memainkan peranan seperti yang ditetapkan dan tidak bertindih dengan tugas agensi lain, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Malaysia mahu memastikan industri CCUS disegerakan secepat mungkin - Rafizi
Malaysia mahu memastikan industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) dimulakan secepat mungkin di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat dari negara lain.
Subsidi RON95: Sistem harga dua peringkat lebih baik berbanding levi petrol, bayaran tunai - Rafizi
Kaedah two-tier pricing di stesen minyak merupakan kaedah terbaik, dan pelaksanaannya akan terus diperhalusi bagi meminimakan risiko operasi.
Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini
Prestasi Kerajaan MADANI kawal inflasi disifatkan sebagai terbaik
Prestasi Kerajaan MADANI dalam mengawal inflasi terutama berkaitan kenaikan harga barang makanan dan minuman disifatkan sebagai terbaik sejak mengambil alih pentadbiran negara.