Ketika keputusan pencalonan diumumkan Pengawai Pengurus, Haron Mahidi sekitar jam 11 pagi, penyandang, Datuk Ali Biju yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dicabar oleh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Giendam Jonathan Tait dan calon Pakatan Harapan, Ibil Jaya.
Giendam calon muka baharu GPS menyerahkan borang pencalonan sekitar jam 9.07 pagi sambil ditemani pencadang, Mohamad Duri dan penyokong Friday Belik. Kedua-duanya adalah ADUN Kabong dan ADUN Kerian.
Ini dikuti Ibil, sekitar jam 9.11 pagi bersama pencadang Embi@ Eric Embi Ramba dan disokong Mawat Mundat.
Ali menyerahkan dokumen pencalonan pada jam 9.23 pagi, bersama pencadang Elley Chanoi dan disokong Antok Jaya.
Pada PRU ke-14, Ali yang ketika itu mewakili PH, memenangi kerusi Parlimen ini dengan menewaskan calon GPS, Jagah @ Subeng Mula dengan majoriti 989 undi.