Berikut adalah apa yang ditawarkan:
1. Pengurusan kos sara hidup
Selain pelbagai inisiatif dan program kebajikan yang telah dan sedang dilaksanakan selama ini, adalah penting untuk negara terus memikirkan pendekatan baharu tambahan dalam membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup.
2. Politik progresif dan kerajaan berpotensi
Memastikan kestabilan politik/kerajaan, memerangi kelemahan tadbir urus serta meningkatkan kecekapan dan prestasi institusi awam serta tadbir urus negara
3. Sabah Sarawak dan pengukuhan semangat Persekutuan Malaysia
Membangunkan Sabah dan Sarawak selari dengan semngat Perlembagaan Persekutuan, serta memastikan pembangunan Semenanjung Malaysia dan wilayah Sabah dan Sarawak lebih seiring
4. Ketahanan dan kualiti ekosistem
Membangunkan ekosistem kesihatan yang berkualiti dan berketahan dengan dilengkapi kemudahan serta kecukupan tenaga berkemahiran tinggi
5. Asuhan, pendidikan dan pengajian tinggi
Memodenkan pendidikan awal, sekolah dan pengajian tinggi agar menyeronokkan, berkualiti, dipacu teknologi terkini serta selari dengan kehendak dan cabaran semasa
6. Orang muda dan kehidupan bermaruah
Menjawab isu orang muda yang dihimpit pengangguran serta golongan pekerja yang berhadapan tekanan gaji rendah, kebajikan yang terabai dan ketidakupayaan untuk menjalani kehidupan yang selesa dan bermaruah. Ini akan dilakukan denganmembina negara yang stabil dan makmur dengan rakyat berpendapatan tinggi.
7. Kecukupan makanan
Menyelesaikan isu ketidakcukupan bekalan makanan, kebergantungan kepada import terlaluu besar serta sistem rantaian produk makanan yang tidak cekap dan mahal
8. Strategi baharu menggandakan pelaburan langsung asing (FDI)
Menyelesaikan isu kelembapan ekonomi dan mengusahakan strategi baharu untuk terus menggandakan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI), menjadikan Malaysia destinasi pilihan pelabur serta menambah baik pengurusan sumber manusia dan tenaga kerja dari luar
9. Mengamalkan dasar berasaskan keperluan
Memastikan keseimbangan dan keadilan sosial melalui peralihan daripada dasar berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan yang akan dilakukan dengan memaksimumkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan kecekapan agenda kebajikan dan perlindungan sosial
10. Wanita nadi negara
Memberi pengiktirafan langsung kepada wanita serta menyediakan ekosistem yang membolehkan wanita menyumbang dengan lebih besar dan berkesan dalam agenda pembangunan negara
11. Pemerkasaan luar bandar
Membetulkan persepsi bahawa pembangunan luar bandar bertujuan membandarkan luar bandar. Kearifan dan kebitaraan tempatan akan dijadikan aset yang membentuk daya saing luar bandar. Fokus akan diberi kepada memastikan wujudnya persekitaran kehidupan yang sejahtera dan menjadi pilihan
12. Alam sekitar terpelihara
Memberi perhatian serius kepada alam sekitar dengan sasaran penggunaan 30 peratus sumber boleh diperbaharui menjelang 2030 dengan memastikan amalan ekonomi bersifat lestari, banteras penyalahgunaan kuasa yang mengorbankan alam demi keuntungan serta melakukan persediaan yang lebih menyeluruh bagi menampan impak perubahan iklim melaui green deal
13. Dasar luar dan hubungan antarabangsa
Menyemak semula strategi dan hubungan antarabangsa Malaysia agar berupaya meletakkan Malaysia sebagai negara yang dihormati dengan kuasa lunak tersendiri