Pada PRU14, Pas Kelantan hanya memiliki seorang calon wanita iaitu Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang mewakili Parlimen Rantau Panjang.
"Ada pertambahan satu kerusi Parlimen yang menonjolkan calon wanita dan perkembangan ini menjadikan dua daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan bakal ditandingi calon wanita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Persatuan Bola Keranjang Kelantan, di sini hari ini.
Perikatan Nasional (PN) Kelantan akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri itu pada 3 Nov.