Peruntukan RM5 juta itu merupakan keperluan untuk setahun dengan pelbagai projek pembangunan perlu disantuni dan kehendak rakyat perlu dibantu.
Ia membayangkan keseriusan kerajaan GPS ketika itu, bagi memastikan rakyat di seluruh kawasan jagaannya dapat menikmati pembangunan dan tidak menyesali tindakan mereka mengundi parti itu.
Ketika ini jelas tergambar betapa keperluan rakyat Sarawak sentiasa diutamakan.
Biarpun tidak berada di blok kerajaan, ia bukan halangan besar par pemimpinnya untuk mendekati dan menyantuni rakyat.
Ini tidak berlaku pada parti-parti politik lain. GPS tidak ‘touch and go’, sebaliknya, memastikan keperluan rakyat sentiasa dipenuhi biarpun kawasan tersebut bukan dikuasainya.
Ketika itu, tidak sedikit projek rakyat dan prasarana penting seperti jalan, jambatan, klinik bahkan bahkan premis seperti sekolah dan hospital terpaksa ditangguhkan.
Ada yang dibatalkan atas alasan bukan prioriti dan kekangan kewangan.
Sekali lagi kerajaan GPS bertindak di luar bidangnya sebagai kerajaan negeri - melaksanakan sendiri projek infrastruktur yang seharusnya disediakan oleh kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Itu antara pengorbanan yang perlu diambil kira oleh 1.94 juta pemilih berdaftar Sarawak ketika melakukan pangkahan di petak undi pada esok hari.
GPS baik sebagai pembangkang mahupun kerajaan telah berfungsi dengan baik dan berkesan.
Malah ketika menjadi kerajaan selepas 22 bulan semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah, GPS menjulang amanah yang diberikan dengan cukup berkesan sekali.
Siapa yang dapat menafikan sumbangan Datuk Seri Fadillah Yusof mahupun Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sepanjang dua tahun menjadi menteri?
Mereka bekerja keras untuk negara sejak Malaysia berhadapan dengan krisis kesihatan dan krisis politik sehingga menyebabkan negara dalam keadaan huru hara.
Menariknya, mereka tidak bermain politik, sebaliknya, terus bekerja untuk rakyat.
Contoh terbaik ialah Wan Junaidi, yang terus tekun melaksanakan tanggungjawabnya sehingga menteri baharu dilantik kelak kerana beliau tidak mempertahankan kedudukannya.
Inilah semangat dan aspirasi GPS. Fokusnya jelas demi rakyat.
Apa sahaja yang tercetus di minda Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai Pengerusinya, akan terjemah jelas.
Kerana itu, di tangan GPS terdapat 120 insiatif telah telah berjaya dilaksanakan untuk rakyat.
Paling besar, Laluan Lebuh Raya Pan Borneo kini berbaki lima bulan untuk lengkap sepenuhnya, manakala beberapa laluan dan jalan lain juga dalam pembinaan.
Jambatan Batang Lupar, Jambatan Muara Lassa dan berbelas projek lain yang kos keluruhannya bernilai RM4 bilion dapat ditangani dengan baik, biarpun ia tanggungjawab kerajaan Persekutuan.
Bekalan air bersih dan elektrik mula dijangka sampai ke setiap rumah di negeri ini dalam tempoh 24 bulan lagi.
Manakala sistem telekomunikasi internet kini sedang dalam proses sampai ke segenap pelosok negeri.
Kerajaan Sarawak sendiri melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) sudah hampir melengkapkan 300 menara yang dijanjikan, manakala selebihnya adalah melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, menerusi projek jendelanya.
Ini hanya sedikit, terdapat pelbagai lagi inisiatif yang telah berada di depan mata, yang bukan sekadar janji.
Sistem pengangkutan ART akan berada dalam senarai berikutnya, selain syarikat penerbangan dan syarikat telekomunikasi, setelah kerajaan Sarawak dengan berani membuka stesen televisyen, syarikat gas dan minyak dan bank pembangunannya sendiri.
Kerana itulah, rakyat Sarawak harus membuka mata, tidak menggunakan emosi yang tidak perlu ketika melakukan undian esok hari.
“Ini bukan politik kecil-kecilan dan kampungan. Ini menentukan masa depan Sarawak dan negara. Jika mereka memilih GPS, bermakna mereka akan mengukuhkan masa depan negeri ini.
“Undi ini adalah untuk Abang Johari, agar beliau dapat terus memiliki taring dalam berunding dengan kerajaan Persekutuan biar siapa pun yang memerintah,” kata Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Abang Draup.
Katanya, 31 Ahli Parlimen daripada GPS bukan dipilih sekelip mata.
Mereka disaring ketat bagi memastikan mereka mampu menjadi ‘suara rakyat’ dan ‘suara negeri’ di Parlimen kelak.
Yang pasti, apabila pangkahan dibuat, ia harus mengambil kira parti dan pemimpin yang 'walk the talk', bukan omong kosong.