KUALA LUMPUR : Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bertanding di Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tewas dengan perbezaan undi besar kepada calon Perikatan Nasional (PN).

Dalam keputusan yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Ahad, Mukhriz hanya mendapat 3,144 undi berbanding Dr Abd Ghani Ahmad (PN) yang mendapat 31,685 undi.

Dr Abd Ghani menang dengan majoriti 20,456 undi.


Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Othman Aziz memperoleh 11,229 undi, diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohamed Fadzil Mohd Ali (6,149 undi).

Sebelum ini Mukhriz, Othman dan Abd Ghani pernah bertembung di kawasan sama pada PRU14.

Keputusan pada masa itu menyaksikan ia berpihak kepada Mukhriz yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) memperolehi 18,695 dengan majoriti 5,866.