Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan calon Perikatan Nasional (PN), Salamiah Mohd No; Mohd Hasbie Muda (Pakatan Harapan) dan Aminuddin Yahaya dari Gerakan Tanah Air (GTA).
Pengumuman rasmi calon dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Temerloh, Datuk Ali Syahbana Sabaruddin pada pukul 1.10 tengah hari.
Ali Syahbana berkata, pihaknya menerima empat kertas pencalonan bagi Parlimen Temerloh dan kesemuanya tidak ditolak dan sah bertanding dalam PRU15.
[LAPOR LANGSUNG] Hari Penamaan Calon: Gelanggang PRU15 sudah dibuka
Katanya, calon pertama menyerahkan kertas penamaan ialah Aminuddin pada pukul 9 pagi diikuti Mohd Hasbie pada pukul 9.14 pagi.
Sementara Mohd Shakar adalah individu ketiga menyerahkan kertas penamaan pada jam 9.28 pagi dan Salamiah pada pukul 9.40 pagi.
Terdahulu Mohd Shakar diiringi lebih 250 penyokong berarak ke pusat penamaan calon bersama tiga lagi calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang, Mentakab dan Kuala Semantan.