Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang lengang sejak petang tadi mula berubah apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mula tiba kira-kira jam 9 malam.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Nov 19 2022
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tiba di WTCKL. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang lengang sejak petang tadi mula berubah apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mula tiba kira-kira jam 9 malam.
Antara yang kelihatan adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Kebanyakan ruang masih lagi hanya dipenuhi oleh petugas media yang telah berkumpul di sini sejak petang tadi.
Petugas media menumpukan perhatian pada skrin besar yang disediakan di tengah ruang legar sambil memerhati seandainya ada kelibat pemimpin BN tiba.
WTCKL secara tradisinya menjadi tempat pimpinan dan anggota BN berkumpul setiap kali menjelang malam pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) sejak dari dahulu.