KUALA LUMPUR: Percubaan pertama MIC untuk bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilihat mempunyai peluang untuk menang, namun perlu berhadapan dengan pertarungan yang sengit.
Penganalisis politik G. Manimaran berkata untuk merampas kerusi Parlimen itu, MIC perlu memantapkan lagi strategi kempen yang telah digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka.
"Dari segi strategi politik, langkah MIC untuk melepaskan kerusi Parlimen Cameron Highlands dan bertanding di Teluk Intan dilihat sebagai langkah 'selamat'.
"Peluang (MIC) menang di Teluk Intan itu ada tetapi pertarungannya agak sukar," kata Manimaran yang juga antara penulis buku 'Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang dan Tadbir' ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini, Bernama melaporkan MIC dijangka bertanding kerusi Parlimen Teluk Intan di Perak bagi menggantikan kerusi Cameron Highlands di Pahang yang diberikan kepada UMNO ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2019.
Seorang lagi penganalisis politik Datuk B. Anbumani ketika dihubungi berkata parti kaum India itu perlu meletakkan calon yang boleh diterima masyarakat tempatan untuk memenangi kerusi berkenaan.
"MIC tidak harus meletakkan calon payung terjun di Teluk Intan. Keputusan untuk beralih ke Teluk Intan mempunyai risiko politik untuk MIC dan Barisan Nasional (BN). Semua pihak perlu ingat jasa dan pengorbanan parti berkenaan (MIC)," katanya.
Sementara itu, Penyelaras MIC Parlimen Teluk Intan Datuk T. Murugiah ketika dihubungi berkata MIC sudah mula melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat di kawasan itu sejak 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19 melanda.
Naib Presiden MIC yang dilahirkan di Taiping dan dibesarkan di Sitiawan, tidak jauh dari Teluk Intan itu berkata sejak 2019 beliau menghabiskan hujung minggu di Teluk Intan dan selepas Parlimen dibubarkan beliau akan berkampung di situ sehingga PRU15.
"Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) MIC memberikan bantuan menghantar barangan makanan kepada penduduk Teluk Intan. Selain itu, MIC turut memberi bantuan kepada mangsa banjir," katanya.
Murugiah yang pernah bertugas sebagai pegawai tentera dan guru sebelum berkecimpung dalam dunia politik berkata Teluk Intan mempunyai 87,000 pengundi berdaftar dan lebih 17,000 atau hampir 20 peratus merupakan pengundi India manakala pengundi Melayu dan Cina masing-masing 40 peratus.
Pada PRU13, calon DAP Seah Leong Peng memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 7,313 undi, bagaimanapun dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada 2014 susulan kematian Seah, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong yang mewakili BN ketika itu merampas kerusi berkenaan apabila mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.
Pada PRU14, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan Mah dengan majoriti 11,179 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022

G. Manimaran berkata untuk merampas kerusi Parlimen Teluk Intan, MIC perlu memantapkan lagi strategi kempen yang telah digunakan dalam PRN Johor dan Melaka. -Gambar hiasan

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.