Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata sebagai parti komponen, pihaknya perlu memastikan kemenangan BN dan memberi sokongan kuat kepada MIC di kerusi berkenaan.
"Sudah pasti dalam parti itu ada calon yang berlainan nak berebut inter parti... masing-masing ada hajat. Ini tak tak salahpun kalau dah hajat.
"Tapi apabila keputusan telah dibuat oleh dewan tertinggi ataupun pemimpin... Pengerusi (BN) telah mengeluarkan watikah bermaksud dah dimuktamadkan.
"Move on... Dari saat itu tidak ada soal... (siapa) sepatutnya jadi calon. Move on, tak kira interparty intraparty, kita kena mengorak langkah ke hadapan untuk mencapai kemenangan mutlak bagi BN," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Pasukan Sukarelawan Bomba Kawasan Alor Setar di Pejabat MCA Alor Setar, hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Gelanggang PRU15 sudah dibuka, calon penuh ada di sini
RUJUK SENARAI CALON PRU15 DI SINI
Sebelum ini, media melaporkan MCA telah mencapai persetujuan melakukan pertukaran kerusi bersama MIC di Kerusi Parlimen Batu.
Pada Rabu lalu, media melaporkan Ka Siong menjelaskan parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Batu dan bukannya MIC pada Pilihan PRU15.
Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran pada hari sama mengesahkan calon parti itu, Datuk Kohilan Pillay akan tetap bertanding di Parlimen Batu.