PUTRAJAYA: Kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN sanggup meredah banjir dan hujan lebat jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini telah disalah tafsir, kata Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata kenyataan Ahmad Zahid itu merujuk kepada tahap siap siaga jentera BN, yang bersedia sepenuhnya bagi menghadapi PRU15 walau dalam apa jua keadaan.
"Saya suka ambil pendirian positif mengenai kenyataan Presiden Ahmad Zahid yang menekankan sudah siap siaga kalau PRU15 ketika banjir sekali pun, tidak semestinya maksudnya nak adakan PRU15 walaupun banjir.
"Saya tolong betulkan (salah tafsir), ia bukan soal nak adakan PRU15 ketika banjir. Kenyataan ini sudah disalah ertikan kerana ia (kenyataan) tidak dikeluarkan secara dasar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan OST dan trailer filem 'Seratus' di sini hari ini.
Annuar berkata demikian mengulas kenyataan Ahmad Zahid ketika berucap di majlis pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas bahawa BN sanggup meredah banjir dan hujan lebat jika PRU15 diadakan tahun ini.
BACA: Tun Mahathir juga pernah buat PRU bulan November - Ahmad Zahid
Annuar berpandangan pelaksanaan PRU15 ketika musim tengkujuh sebagai suatu tindakan tidak sesuai, kerana bencana akan menjadi faktor penghalang kepada rakyat negara ini untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.
"Apabila pilihan raya diadakan, aspek kemudahan untuk keluar mengundi, suasana aman dan persekitaran selamat perlu diambil kira.
"Kalau PRU15 diadakan ketika musim banjir, mesti nak selamatkan nyawa dulu kan? Mesti mahu selamatkan harta, rumah manakala pengangkutan mungkin jadi payah. Melihat kepada situasi ini, agaknya selari tak dengan prinsip mengadakan PRU bagi memberi peluang rakyat menggunakan haknya," kata Annuar.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu lepas dilaporkan berkata tarikh pembubaran Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada PRU15.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022
Annuar mengulas kenyataan Ahmad Zahid ketika berucap di majlis pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas bahawa BN sanggup meredah banjir dan hujan lebat jika PRU15 diadakan tahun ini. - BERNAMA
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.