Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menang di kerusi parlimen itu berkata, pelaksanaan menyeluruh itu merangkumi konsep kebajikan, kemajuan, kerohanian dan kemahiran kepada setiap penduduk Puncak Borneo.
“Ia antara harapan besar kita dalam merancang pelan pembangunan dari aspek sosio ekonomi di kawasan Parlimen Puncak Borneo.
“Perkara itu kita akan kongsikan kemudian kerana kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan memainkan peranan besar kepada projek yang telah dirancang,” katanya pada Sabtu.
Willie berkata kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting dalam merealisasikan agenda pembangunan sekali gus memanfaatkan penduduk demi kesejahteraan awam.
“Ini akan memberikan perbezaan yang besar kerana kita boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri.
“Sekarang kita berada dalam satu bot yang sama, dan ini akan memudahkan usaha kita yang selari dengan prinsip kebersamaan khususnya di kawasan Parlimen Puncak Borneo,” katanya.
Terdahulu Willie menang dengan majoriti 13,338 undian selepas berjaya meraih 29,457 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Diog Dios (16,119) dari Pakatan Harapan dan Iana Akam yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dengan 5,578 undi.